Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • اردو
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • اردو
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

A Soulful Journey: Inspiring Spiritual Practice Through Art, Part 1 of a Multi-part Series

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sebagai seorang guru spiritual dan artis yang terkenal, Mahaguru Ching Hai (vegan) bukan sahaja mendidik kita melalui bimbingan spiritual tetapi juga melalui karya seni yang luar biasa. Hari ini, kita akan berjalan melalui Galeri Seni Syurga yang dicipta oleh Mahaguru Ching Hai. Karya seni Guru menyampaikan kecantikan dari syurga sepenuhnya.

Master: Sebarang jenis seni seperti lukisan dan karya seni yang lain sepatutnya mengingatkan orang supaya cuba beralih ke dlm diri mereka, mencari Sifat Buddha atau Kerajaan Tuhan sendiri.

Umumnya, seorang pelukis profesional dapat melukis dengan satu gaya. Namun begitu, karya seni daripada Guru bermakrifat penuh dapat menyampaikan kecantikan lukisan melalui segala jenis gaya. Cara Guru mencipta lukisan dan karya seni lain menjelaskan sepenuhnya apa maksud ‘Buat Tanpa Membuat’.

Adalah benar bahawa bagi orang yang ada kebijaksanaan, yang bermeditasi, yang menjadi seperti kanak-kanak dan amanahkan segalanya kepada Tuhan, segalanya dilakukan seperti angin bertiup, seperti matahari terbit dan terbenam, benar-benar tak perlukan usaha. Saya memikirkan semua pelukis, contohnya pelukis profesional yang ambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu untuk melukis satu lukisan tetapi saya lakukannya dalam beberapa jam, kadangkala setengah jam, bergantung kepada keadaan, dan saya tak pernah mempelajari sebarang teknik. Saya tidak baca buku tentang lukisan pun tetapi orang lain tetap suka akannya – orang luar, bukan kita sahaja. Saya tidak banyak bersusah-susah pun.

Lukisan agung ialah khazanah yang dihargai di dunia. Setiap coretan berus mengabadikan sejarah, budaya, ekspresi, malah berkat, memperkaya pengalaman roh masa lalu, sekarang dan masa depan tanpa mengalaminya secara fizikal. Lukisan-lukisan Mahaguru Ching Hai (vegan) adalah unik. Ia membuka pintu untuk kita masuki masa dan ruang atau sudut syurga yang dialami, diabadikan atau dicipta oleh Guru. Karya seni yang mengagumkan ini memperkaya pemahaman kita tentang pelbagai aspek di dunia dan di luar dunia ini serta menyuburkan roh kita dengan banyak berkat.

Q: Ada sebuah lukisan oleh Guru yang bertajuk ‘Yin dan Yang’. Ketika saya sedang menghayatinya, suatu gambaran jelas kuasa baik dan jahat berperang muncul dalam minda saya. Kadangkala kuasa positif menang, kadangkala kuasa jahat. Kitaran ini berterusan dan tidak berakhir. Saya berdoa agar Guru memakrifatkan saya tentang ini. Guru yang berbelas kasihan tunjukkan suatu visi tertentu kepada saya dan sejenis kuasa yang dipanggil ‘Kemenangan Positif’.

Karya ini gambarkan dua orang lelaki yang mainkan peranan paradoksikal kuasa Yin dan Yang dalam sifat manusia yang terperangkap di dunia ilusi. Oleh itu, mereka terlibat dalam pertarungan maut antara yang positif dengan yang negatif, yang benar dengan yang palsu. Mereka begitu asyik dengan pertarungan sehingga gagal menyedari keperluan untuk menyelesaikan perbezaan mereka dan saling bekerjasama untuk melepaskan diri dari dunia yang dilambangkan oleh api yang membakar dgn perlahan-lahan di sekeliling mereka. Figura-figura ini tidak menyedari wanita dingin dan suka menyendiri (suatu alat Raja Maya) yang menyeringai dengan cemuhan, “Engkau berada di bawah kawalanku. Aku ada segala masa di dunia untuk bermain dengan engkau. Usah tergesa-gesa. Ambillah masamu memanggang dengan perlahan-lahan di dalam api. Ambillah masamu menikmati penderitaan ini!” Lukisan itu mengingatkan kita supaya tidak terperdaya oleh dunia ilusi yang kelihatan begitu nyata.

Orang di dunia degil seperti ‘Konvensyen Batu’, sentiasa berdebat dan terlibat dalam ‘Pertengkaran’ tetapi mereka tidak dapat capai keamanan dunia. Namun begitu, batu pun ada ‘Gua Batu’, seperti mata kebijaksanaan di dalam diri kita – setelah dibuka, ia penuh dengan cahaya syurga. Dengan ‘Keinginan’ yang mendalam terhadap makrifat, kita cuba menjalin hubungan dengan Guru bermakrifat.

Ini cerita spiritual yang dikisahkan oleh karya seni awal daripada Mahaguru Ching Hai (vegan) yang dicipta semasa Guru tinggal di Pingtung pada 1990. Dengan lukisan-lukisan yang dihasilkan pada tempoh yang sama pada November dan Disember 1990 ini, Mahaguru Ching Hai dedahkan masalah utama di dunia pada masa itu – Perang Teluk yang meletus, melibatkan banyak negara di Timur Tengah. Melalui lukisan ini, Mahaguru Ching Hai menyampaikan kebimbangan dan misi penting-Nya untuk membantu dunia melalui usaha memakrifatkan orang.

Tema lukisan ini berkaitan dengan individu yang mementingkan diri, mempunyai kepekaan batu dan kecenderungan untuk adakan mesyuarat yang tidak berhujung tetapi tak pernah selesaikan sebarang masalah. Peperangan dan bencana buatan manusia berterusan seperti biasa. Pasir kuning dan merah di sekeliling mewakili orang yang lemah, tidak berdaya serta perasaan resah dan marah mereka. Sebaliknya, warna hitam dan biru batu melambangkan kuasa, intelek dingin serta permainan minda dan pertikaiannya yang tidak berhujung. Warna panas dan sejuk yang berkontras wujudkan ketegangan besar antara dua kem yang bertentangan.

Dengan gunakan batu besar dalam alam semula jadi, Mahaguru Ching Hai menzahirkan kebimbangan-Nya tentang situasi dunia. Melalui lukisan ini, ia boleh berfungsi sebagai jendela yang dibuka untuk bangkitkan kesedaran awam dan mengilhami tokoh penting untuk berdamai dan mengambil berat tentang orang yang tidak berdaya.

Pada Disember 1990, Mahaguru Ching Hai melukis ‘Pertikaian’. Lukisan ini menunjukkan kepada kita beberapa peristiwa bersejarah tertentu di latarnya dan harapan daripada Mahaguru Ching Hai (vegan) untuk berikan penyelesaian penting. Dari orang biasa ke tokoh penting di dunia, semua orang menjadi biasa dengan bertikai berdasarkan pengetahuan dan kecerdasan mereka dan bukan gunakan kebijaksanaan dan pengalaman peribadi mereka dalam perkara yang akan diselesaikan oleh mereka. Gambar utama lukisan ini ialah dua buah buku yang berdiri berhadapan di atas meja, saling bergaduh di bahagian berwarna merah lukisan ini, atau adakah pergaduhan mereka membuat tempat mereka berdiri menjadi merah?

Lukisan ini secara diam-diam menyampaikan kepada kita bahawa Mahaguru Ching Hai bukan sahaja seorang Guru spiritual tetapi juga seorang tutor utk semua orang menyelesaikan masalah utama.

Kebanyakan orang bertikai dengan gunakan pengetahuan akademik kerana mereka kekurangan pengalaman peribadi dalam perkara yang dibincangkan. Gambar utama lukisan ini ialah dua buah buku di atas meja yang saling bergaduh. Meja condong karya ini melambangkan fikiran negatif dan konsep salah manusia, dan warnanya gelap, keruhnya melambangkan kecenderungan mereka kepada peperangan, pergaduhan dan pertengkaran. Kedua-dua buah buku ini bertajuk ‘No. 1’ dan kedua-duanya mendakwa keulungan mereka sambil terlibat dalam perdebatan hangat. Oleh itu, lukisan ini ialah perumpamaan tentang kelemahan manusia.

Lukisan ini adalah lebih daripada banyak kata-kata dan berfokus secara langsung pada masalah utama peperangan dalam latar sejarah itu. Kadangkala penyelesaian yang paling mudah dapat menyelesaikan masalah yang paling rumit. ‘Gunakan kebijaksanaan & kasih sayang untuk menyelesaikan masalah dan bukan menunjuk-nunjuk pengetahuan bagi bertikai untuk No. 1’ ialah kebijaksanaan yang cuba diekspresikan oleh lukisan ini dan menunjukkan kepada kita penyelesaian yang terbaik untuk mencapai keamanan dunia.
Saksikan Lebih Banyak
Senarai Main (1/100)
1
Hiburan yang Memakrifatkan
2025-12-18
654 Tontonan
2
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-20
6430 Tontonan
3
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-17
4866 Tontonan
4
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-13
4897 Tontonan
5
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-10
4663 Tontonan
6
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-06
4357 Tontonan
7
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-05-03
4316 Tontonan
8
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-04-28
5023 Tontonan
9
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-04-21
4765 Tontonan
10
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-04-14
5180 Tontonan
11
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-04-07
5523 Tontonan
12
Hiburan yang Memakrifatkan
2022-04-03
7030 Tontonan
13
Hiburan yang Memakrifatkan
2020-03-26
7942 Tontonan
14
Hiburan yang Memakrifatkan
2020-03-21
6352 Tontonan
15
Hiburan yang Memakrifatkan
2020-03-19
7203 Tontonan
16
Hiburan yang Memakrifatkan
2020-03-14
16631 Tontonan
17
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-10-08
4478 Tontonan
18
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-09-28
5636 Tontonan
19
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-07-20
7050 Tontonan
20
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-07-16
8861 Tontonan
21
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-04-21
8839 Tontonan
22
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-03-07
7704 Tontonan
23
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-03-02
7403 Tontonan
24
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-03-01
7683 Tontonan
25
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-28
7366 Tontonan
26
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-23
8596 Tontonan
27
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-22
7203 Tontonan
28
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-21
16429 Tontonan
29
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-15
6315 Tontonan
30
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-14
6978 Tontonan
31
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-02-12
8538 Tontonan
32
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-01-29
7772 Tontonan
33
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-01-22
8041 Tontonan
34
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-01-15
9383 Tontonan
35
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-01-03
6381 Tontonan
36
Hiburan yang Memakrifatkan
2019-01-02
6492 Tontonan
44
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-12-06
5887 Tontonan
46
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-12-01
5150 Tontonan
47
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-11-29
5010 Tontonan
48
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-11-27
6098 Tontonan
49
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-11-24
4626 Tontonan
50
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-11-22
5233 Tontonan
51
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-11-01
5296 Tontonan
54
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-10-20
5337 Tontonan
55
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-10-13
5451 Tontonan
58
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-29
5434 Tontonan
59
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-25
5360 Tontonan
60
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-24
5588 Tontonan
61
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-22
5494 Tontonan
62
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-19
6013 Tontonan
63
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-15
5214 Tontonan
64
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-11
4935 Tontonan
65
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-07
5431 Tontonan
66
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-04
10393 Tontonan
67
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-09-01
6435 Tontonan
68
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-08-28
5856 Tontonan
69
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-08-25
5563 Tontonan
70
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-08-21
8078 Tontonan
71
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-24
5216 Tontonan
72
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-21
6534 Tontonan
73
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-17
5707 Tontonan
74
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-14
5318 Tontonan
75
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-10
5112 Tontonan
76
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-07
5252 Tontonan
77
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-07-03
5723 Tontonan
78
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-30
4960 Tontonan
79
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-26
5234 Tontonan
80
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-23
5206 Tontonan
81
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-19
5545 Tontonan
82
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-09
4920 Tontonan
83
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-08
5287 Tontonan
84
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-07
5182 Tontonan
85
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-06-03
4790 Tontonan
86
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-31
4989 Tontonan
87
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-30
4955 Tontonan
88
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-26
4853 Tontonan
89
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-24
5101 Tontonan
90
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-22
5229 Tontonan
91
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-17
5621 Tontonan
92
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-12
5194 Tontonan
93
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-08
4832 Tontonan
94
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-05
5113 Tontonan
95
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-05-01
5199 Tontonan
96
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-04-28
5140 Tontonan
99
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-04-21
5891 Tontonan
100
Hiburan yang Memakrifatkan
2018-04-19
5036 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Filem Pendek
2025-12-22
9278 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-22
610 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-12-22
697 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-21
802 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-21
141 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-12-21
513 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-12-21
914 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun