Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Riwayat Hidup Nabi Mahavira: Terus Berpuasa untuk Menyelamatkan Chandana, Bahagian 5 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Terima kasih. Saya tahu kamu buat sebaik yang boleh. Tapi sesetengah drpd kamu tak serius. Dalam apa-apa yang kita buat, kita harus hormati profesion kita, sama ada kita menyapu lantai atau mencuci tandas di lapangan terbang. Tuhan lihat setiap kerja yang kita buat.

Saya tahu. Kamu semua kasihi saya. Saya sentiasa dengar itu. Sesuatu yang baru. ( Guru, ini ialah... ) Apa? ( Ini satu-satunya susu berasaskan tumbuhan vegan yang dikeluarkan di China. Saudara seguru minta saya bawa ini kepada Guru. ) Oh! Tidak, tidak. Tiada hadiah. Tidak. Minta maaf. Saya takkan menerimanya. Boleh kamu berikannya kepada orang lain? (Ya, boleh.) Jika itu ubat, berikannya kepada orang tua. Jika itu biskut atau gula-gula (vegan), tawarkannya kepada biksu. Mereka boleh menerimanya. Mereka perlukannya. Sebagai seorang Guru bermakrifat, saya tak boleh menerimanya. Jika saya menerima hadiah, saya akan jadi sangat kaya, terlalu senang. Jika saya tak perlu bekerja keras untuk memperoleh wang, maka saya takkan bersimpati dengan orang lain. Faham? Saya perlu bekerja lebih keras untuk memahami semua orang. Kehidupan saya mesti tak boleh terlalu selesa. Saya tak maksudkan memandang rendah terhadap hadiah atau wang kamu. Tawarkanlah kepada orang yang memerlukannya. Terima kasih banyak-banyak. Tuhan rahmati kamu.

Baiklah, orang Âu Lạc (Vietnam), semoga baik dan sihat, komrad. Pergilah ke dapur untuk makan lepas ini. Kamu tahu dapur di mana, kan? Mereka akan sediakan makanan untuk kamu di sana. Kakitangan dapur, sediakanlah makanan untuk orang China. Kamu pula, orang Barat, mungkin saya menjenguk untuk ucapkan halo jika kamu pergi ke sana. Semua orang, keluar! Lihat. Lari, lari, lari! Keluar dengan cepat, lebih senang untuk lihat saya. Di sini kamu tak dapat lihat saya meskipun lepas masa yang panjang. Saya telah berjalan utk masa yg panjang. Ada banyak makanan yang enak. ( Itu daripada kasih sayang Guru. ) Cepat keluar! ( Guru, jagalah diri. ) Jagalah diri, semua. Saya baik-baik saja. Cuma saya terlalu banyak bermeditasi, jadi menjadi mambar. Pergilah! Saya keluar untuk lihat kamu. ( Cantiknya cermin mata Guru. ) Huh? ( Cermin mata Guru sangat cantik. ) Tidakkah ia cantik? Terima kasih. (Guru sangat cantik.) Ini mekap. Saya memakai mekap. Halo, semua. Dia maksudkan cermin mata ini cantik. Saya ingat dia... mengagumi mata saya. Oh! ( Mata Guru cantik juga. ) Saya bergurau saja. Saya tak kisah. (Cantiknya Guru.) Terima kasih. Tak apa, saya bergurau saja. Saya hanya mengetawai diri sendiri. (Benar. Guru sentiasa cantik.) Saya hanya mengetawai diri sendiri.

Secara terus terang, saya dah tiada katil besar yang begitu baik untuk masa yang sangat lama. Wau! Saya baru pindah masuk beberapa hari. Ia kelihatan begitu cantik sehingga saya tak berani tidur di atasnya. Tak biasa dengannya. Hari ini, saya terlalu letih, jadi berbaring di atasnya. Wau! Sangat selesa. Pada mulanya saya merungut mengapa mereka berikan katil yang begitu besar. Kita biksu tak sepatutnya tidur di atas katil cantik, besar. Akhirnya, saya beritahu diri: Lupakannya saja! Awak, wanita tua, sentiasa merungut. Terimalah saja apa yang diberikan. Jangan sentiasa mengkritik atau buat segala jenis permintaan. Adalah baik ada katil. Jika tidak, maka tidur di atas sofa. Tidurlah di atas katil jika ada. Tak perlu kisah tentang status kamu sebagai biksu. Kamu tak kelihatan macam biksu lagi. Ada apa lagi yang nak merungut atau risaukan? Ia kelihatan sangat cantik. Saya dah tiada ini untuk masa yang sangat lama. Biasanya saya hanya baring di atas sofa dengan anjing di sebelah saya atau di atas lantai. Apabila saya nampak katil ini, wau! Mewah. Saya dah tak lihat kemewahan sebegini untuk masa yang lama. Ia seperti katil untuk keluarga diraja. Ia tak benar-benar mewah, cuma mereka menyusun alatan tempat tidur dengan baik sekali, seperti di hotel. Saya berasa takut sikit. Adakah ini untuk saya? Saya dah tidur secara cincai untuk masa yang sangat lama. Hanya secara cincai di atas sofa, di atas lantai atau sesuatu. Saya dah sangat bersyukur jika ada masa untuk tidur pun. Mana boleh saya bayangkan alatan tempat tidur yang begitu cantik? Ia disusun dengan elok dengan cadar yang cantik. Ia berwarna kelabu saja, tiada apa-apa yang mewah tetapi berkilat dan sangat rata. Saya dah tiada cadar yang begitu rata untuk masa yang lama. Mereka hanya letak selimut di atas sofa. Kemudian saya tidur di atasnya, ditutup dengan sesuatu. Itu dah sangat selesa. Saya tak sabar-sabar nak tidur sekejap. Mengapa saya minta alatan tempat tidur atau apa-apa? Rumah ini kelihatan mewah sikit. Sebenarnya ia dibina dengan kontena kargo. Betul? Bukankah ia dibuat dengan kontena kargo? Mereka tambahkan satu lapisan di luar untuk buatnya kelihatan macam rumah.

Oh! Sekarang saya rasa lebih seperti manusia. Saya beritahu mereka sekarang saya lebih seperti manusia kerana saya ada rumah dan katil manusia. Malah ada sebuah astaka di luar. Wau! Saya rasa… Saya tertanya-tanya sama ada ia untuk saya atau orang lain. Kadangkala saya masih rasa gua lebih sesuai untuk saya. Saya masih lebih suka tidur di dalam gua. Tapi hari ini saya terlalu letih kerana tak dapat tidur. Kamu ganggu saya pada waktu malam. Saya tak dapat bermeditasi pun. Jadi saya bangun, cuba menyediakan sarapan untuk sendiri, ala Barat dengan roti bakar (vegan) dan jem. Mereka berikan beberapa jar kepada saya. Dah lama saya tak makannya, jadi saya nak cuba. Kesudahannya, keempat-empat keping roti (vegan) hangus sepenuhnya. Ia begitu hangus sehingga hilang bentuknya. Jadi saya kata lupakannya saja. Mungkin saya bernasib malang dan tak dapat nikmati roti bakar dan jem. Lupakannya saja. Bukan apa-apa, cuma perhatian saya dialihkan. Ketuhar pembakar yang dibeli oleh mereka terlalu moden dan terlalu terang, begitu terang sehingga saya tak dapat baca nombornya. Sebelumnya saya gunakan yang lebih kecil dan lebih murah, separuh daripada saiz yang ini. Sangat mudah dan nombornya jelas. Yang ini terlalu terang. Itu model canggih. Saya tak tahu cara menggunakannya, jadi membakar secara cincai. Kemudian ia menjadi hangus. Saya hanya pergi dari situ seketika saja dan ia menjadi hangus. Yang ini terlalu berteknologi tinggi dan terlalu canggih. Terlalu mahal, terlalu terang dan terlalu cepat. Biasanya di rumah, ketuhar kecil saya mengambil masa separuh hari untuk memerangkan roti. Yang ini, wau! Saya pergi ke bilik lain untuk seketika saja. Apabila saya kembali, seluruh rumah penuh dengan bau. Roti itu menjadi hangus sepenuhnya. Benar-benar hangus, bukan jadi perang. Sehitam tarmak di jalan. Kemudian saya bakar sekeping lagi dan ia menjadi hangus sekali lagi. Alahai! Apabila kamu beli alat baru untuk saya, tulislah dlm bahasa Inggeris besar, jelas. Saya tak sentiasa pakai cermin mata. Cermin mata saya di pejabat, jadi saya tak dapat bacanya. Keempat-empat roti bakar jadi hangus. Saya berhenti mencuba lagi. Saya akan cuba lagi kemudiannya.

Tapi kamu telah sediakan segalanya dengan baik sekali. Biasanya kamu telah tulis dalam huruf besar Inggeris. Itu bagus. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih kerana memastikannya dalam keadaan yang baik. Sekarang saya di sini, segalanya kucar-kacir. Saya tak dapat menguruskannya sebaik kamu semasa saya tiada di sini. Sekarang selimut dan katil anjing berselerak di merata tempat. Kesan tapak kaki mereka di mana-mana saja dan di atas sofa. Ini kerana ada kerja yang dibuat di padang rumput di belakang, kan? Ada terlalu banyak air dan tempat itu menjadi berlumpur. Anjing pergi ke sana kerana mereka suka rumput. Apabila mereka masuk ke dalam rumah, ada bunga di mana-mana saja. Kesan tapak kaki berbunga-bunga melitupi seluruh tempat, tidak satu milimeter pun yang tiada. Mereka mengecap di merata tempat. Sekarang tempat itu kucar-kacir, tak kelihatan elok lagi. Tak begitu elok seperti kamu lakukan pada mula-mulanya. Tak apa. Rumah seharusnya begitu, untuk orang diami. Baiklah. Jumpa lagi. Semoga kamu sejahtera dan selamat.

Cubalah sebaik yg boleh utk bermeditasi dan bukan terlelap. Ia tak sama. Bermeditasi dan terlelap adalah tidak sama. Terima kasih. (Terima kasih, Guru.) Terima kasih. Saya tahu kamu buat sebaik yang boleh. Tapi sesetengah drpd kamu tak serius. Dalam apa-apa yang kita buat, kita harus hormati profesion kita, sama ada kita menyapu lantai atau mencuci tandas di lapangan terbang. Tuhan lihat setiap kerja yang kita buat. Apa-apa yang kita buat ialah suatu kerja. Tuhan juga berada dalam diri orang di luar, menyapu lantai atau memandu teksi. Jadi sewaktu kita mengerjakan sesuatu, kita harus buatnya seperti orang di luar. Jika mereka gagal buatnya dengan baik, akan kehilangan pekerjaan dan berlapar. Dah tentu, takkan begitu teruk semasa kamu bekerja untuk saya. Tapi kamu tetap perlu menghormati kerjamu. Kamu mesti tak memandang ringan. Ini bermakna kamu tak menghormati diri sendiri dan orang lain. Minta maaf. Saya perlu berbahasa Cina dengan karma tersayang saya ini. Jenis karma yang berlainan. Tentang jenis kerja kurang baik yang mereka buat. Saya perlu beritahu mereka sesuatu. Mungkin mereka akan ubah. Pada masa depan, mereka akan lebih berhati-hati dan beri perhatian.

Kita menjengkelkan orang lain. Jika mereka lihatnya setiap hari, mereka tak tahan. Mereka menyumpah kamu. Mereka bukan pengamal spiritual. Ini apa yang mereka buat. Faham? Maka itu tak baik untuk kita juga. Oleh itu, apa yang tak baik untuk orang lain adalah tak baik untuk kita sendiri. Faham? Manusia berbeza dengan anjing yang takkan kata apa-apa pun tak kira apa yg kita buat terhadap mereka. Mungkin mereka mengatakan sesuatu tetapi kamu tak dengarnya. Faham? Sesetengah anjing memang merungut. Ya, anjing saya merungut bahawa pembantu tak berikan snek kunyah vegan kepada mereka. (Snek kunyah dental.) Snek kunyah. Ia bukan makanan utama tetapi mereka sukanya. Mereka boleh telan seluruh paket. Tapi itu bukan makanan dan mereka tak boleh makan begitu banyak. Jadi saya beritahu mereka supaya tak beri terlalu banyak kepada anjing. Saya juga berikan kepada mereka apabila mereka masuk ke dalam rumah. Jadi mereka merungut kepada saya bahawa mereka tak suka orang itu. Saya tanya mereka sebabnya. “Dia tidak baik terhadap anjing.” “Tak memperlakukan anjing dgn baik.” Saya tanya, “Macam mana?” “Dia tak berikan snek kepada kami.” Saya kata, “Saya dah beritahu mereka supaya berikannya kepada engkau.” Ia kata, “Terlalu sedikit.” Anjing besar merungut. Ia juga berkata, “Anak anjing terlalu bising. Aku lebih suka bersendirian.” Anak anjing masih kecil dan memujanya. Pada bila-bila mereka nampaknya, mereka bernyanyi dan menari. Melekat di sisi dan menunjukkan diri di depannya. Ia tak tahan. Ia kata ia juga tak suka tidur bersama mereka disebabkan oleh tenaga anak-anak anjing itu. “Tenaga anak-anak anjing itu sangat garang.” Itu apa yang ia beritahu saya. Ia tak suka berada di sisi mereka. Mereka suka. Anjing boleh bercakap, cuma kita tak dapat dengarnya. Kamu tak dapat dengarnya. Saya juga tak nak dengarnya. Mereka banyak merungut. Terutamanya anjing besar. Ia mengkhusus dalam merungut. Terlalu sejuk di sini dan terlalu panas di sana. Tak cukup snek, terlalu sedikit. Lebih suka snek ini dan bukan snek lain. Segala jenis rungutan. Ya, mereka boleh bercakap dan sangat pandai dalam itu. Cuma kamu tak dengar mereka... Sesetengah daripada kamu dapat dengar kata-kata mereka. Faham, okey? Saya tak berbohong. Sesetengah daripada kamu dapat dengar kata-kata mereka dan faham. Tak apa jika kamu tak dapat dengar. Dengar kata-kata Buddha dah cukup bagus. Dah cukup jika kamu dapat dengar kata-kata Tuhan. Tak apa jika kamu tak dapat dengar kata-kata anjing. Dulu kita dapat dengarnya. Lepas begitu banyak eon dan hayat demi hayat, kita makan dan buat segala jenis perkara buruk, kita telah kehilangan banyak kuasa dan keupayaan ajaib. Dulu kita dapat terbang. Sekarang kita tak dapat kerana kita makan terlalu banyak dan menjadi terlalu berat. Ketika kita baru datang ke sini, untuk masa yang singkat, kita masih dapat terbang, dan apabila lelaki nampak wanita, mereka takkan buat apa-apa, sama juga apabila wanita nampak lelaki. Lepas itu, lagi banyak kita makan lagi banyak kita mahukan. Itu masalahnya. Sekarang kamu juga hanya berfikir tentang menjadi breatharian. Jika kamu berfikir saja, tiada apa-apa yang akan berubah. Kamu boleh berfikir kerana tak merugikan.

Baiklah. Saya balik sekarang. Terima kasih. Jumpa lagi. Baiklah, saya balik sekarang. Terima kasih. Jumpa lagi. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan kamu. Terima kasih kerana menjaga rumah. Saya cuba. Saya tak pasti sama ada saya boleh tinggal lama di sini. Saya dah biasa dengan Hsihu. Di sana, saya bersendirian. Di sini, seolah-olah saya tinggal di tepi jalan. Ia dibina di tepi jalan dan tak dikelilingi oleh taman. Hanya taman kecil dan sedikit rumput di belakang. Di Hsihu, ada ruang di mana-mana saja. Saya boleh berjalan-jalan. Okey, baiklah. Akan jadi macam mana, jadi macam mana. Tapi ada kebaikannya tinggal di sini. Tak perlu membuat perjalanan dengan kereta. Kadangkala boleh berbahaya. Contohnya, letupan tayar di lebuh raya sebelumnya. Ia juga berlaku satu kali di Perancis. Letupan tayar berlaku di sini pada minggu lalu. Saya merungut kepada dewa-dewi yang sepatutnya menjaga keselamatan saya. “Kenapa kau tak beri amaran kpd aku?” Mereka kata, “Kami dilarang berbuat demikian.” Saya tanya, “Siapa melarang kau?” Mereka kata, “Engkaulah.” Saya orangnya, wanita ini. Saya tanya, “Bilakah aku melarang kau memberikan amaran kepada aku?” Mereka kata, “Sangat lama dahulu sebelum kau datang ke sini.” “Kami dilarang memberikan sebarang amaran.” “Alahai!” Saya kata, “Terima kasih banyak-banyak. Sangat berguna adanya engkau di sisi.” Sama dengan anak murid saya. Tiada orang di sisi apabila saya perlukan mereka. Tapi banyak orang datang apabila saya tak perlukan mereka. Banyak orang datang pada hari Ahad. Apabila saya perlukan mereka, saya sentiasa berseorangan. Saya memang letih. Saya perlu menyusun benda, kemaskan benda dan keluarkan benda. Kadangkala saya rasa dah melampau bagi saya tetapi tak berani minta bantuan daripada sesiapa pun. Mungkin dia rosakkan benda saya atau menyelerakkan benda di sana sini. Atau mungkin saya naik marah, kemudian hancurkan hubungan kita. Lebih baik saya sendiri lakukan dengan perlahan-lahan, lakukannya jika dapat. Jika tidak, lupakannya saja. Sangat sukar nak cari pembantu tak bersyarat. Mereka sepatutnya datang bantu saya tetapi sebaliknya tinggalkan cenderamata tak nampak. Jangan berlutut! Kamu dah tua sangat. Mengapa berlutut? Berdiri. Kamu jangan berlutut. Menyakitkan.

Tuhan rahamti kamu. Buddha berkati kamu. ( Terima kasih, Guru. ) Semoga kamu tenang dan gembira, dan beramal dengan baik. Baiklah, jumpa lagi. (Terima kasih, Guru.) Jumpa lagi. Kita semua lut sinar. Anjing pun dapat baca kita seperti buku. (Ya.) Faham? (Faham.) Anjingmu pun dapat baca kamu. Anjing, kucing, itik, semuanya dapat baca kamu. OK? (OK.) Jadi jangan ingat dapat sembunyikan apa-apa daripada orang lain. (Okey.) Jumpa lagi. Terima kasih. Kasihi kamu. ( Kasihi Guru. Kami kasihi Guru. )

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android