Tak banyak yang boleh orang China peroleh dengan serang Taiwan (Formosa) kecil. Mereka baik-baik saja sendirian dan tak minta apa-apa pun daripada kerajaan China. Mereka berdikari, menjaga diri dan tak menimbulkan kesusahan kepada China.
Tak banyak yang boleh orang China peroleh dengan serang Taiwan (Formosa) kecil. Mereka baik-baik saja sendirian dan tak minta apa-apa pun daripada kerajaan China. Mereka berdikari, menjaga diri dan tak menimbulkan kesusahan kepada China. Jadi saya tak rasa orang China nak berperang atau mencederakan mereka dgn sebarang cara. Saya rasa orang Taiwan (Formosa) tak harus terlalu risau dan tak harus buat apa-apa yang provokatif atau wujudkan alasan untuk kerajaan China menyebabkan konflik tak selesa yang bertentangan dgn kehendak mereka. Kerana jika mereka menyerang Taiwan (Formosa), berperang dengan Taiwan, maka 23 juta orang Taiwan akan mengeluh, akan menderita, jadi mereka akan berdoa kepada Syurga dan Bumi dan menyumpah kerajaan China dan pemimpinnya. Orang China dari tanah besar yang telah dikerah masuk tentera juga akan tercedera dan mati dan kedua-dua belah akan alami sebarang jenis kerugian. Dan orang di China telah menikmati keamanan untuk masa yang sangat panjang di bawah kerajaan China yang baik. Mereka tak biasa dengan tenaga dan suasana perang. Apabila mereka lihat darah mengalir dan saudara-saudara saling membunuh macam itu, mereka tak rasa selesa juga. Mereka takkan rasa senang dengan kerajaan dan takkan rasa kerajaan baik juga. Mereka mungkin berdoa kepada Syurga dan Bumi juga supaya buat sesuatu untuk hentikan peperangan. Kemudian disebabkan itu, Syurga akan campur tangan dan akan menyusahkan pemimpin kerajaan China, menurut ajaran karma agama Buddha, atau doktrin Kristian menyatakan, “Apa yg kita semaikan, itu yg kita dapat.” “Jangan buat terhadap orang lain apa yang kita tak mahu dibuat terhadap diri sendiri.”
Disebabkan oleh situasi peperangan yang menggerunkan, penderitaan dan darah orang sendiri mengalir, dalam jangka masa panjang, sesiapa yang berperang akan alami balasan dibakar di neraka. Ini tak dapat dielakkan. Semua tenaga ini akan wujud sebelum itu, semasa peperangan dan selepas peperangan, itu akan buat pemimpin peperangan sakit atau ditimpa nasib yang sangat malang dan akan rebah dengan banyak cara yang berlainan. Walaupun mungkin mereka menang pada permulaannya, peperangan bukanlah cadangan untuk sebarang konflik. Kerajaan China tahu sangat semua ini. Jadi saya tak rasa mereka akan cuba mencederakan orang Taiwan (Formosa) dengan sebarang cara – hanya pendapat dan analisis saya. Kerana orang China sangat bijak. Kerajaannya, kamu lihat mereka mentadbir, ya Tuhan, berbilion-bilion orang, tetapi aman damai, berkembang maju. Mereka di kedudukan tinggi di dunia. Jadi mereka pasti sangat bijak. Saya tak rasa mereka merisikokan apa-apa dengan tidak munasabah hanya untuk mengambil alih pulau kecil seperti Taiwan yang tiada kepentingan kepada mereka, yang mereka boleh tiada. Kerana orang Taiwan bersifat damai. Mereka tak mencederakan sesiapa pun. Mereka cuba bantu sebanyak yang boleh mengikut keupayaan mereka. Oleh itu, orang Taiwan ada sangat banyak pahala dalam mata Syurga. Jadi sesiapa yang mencederakan mereka akan menyusahkan diri sendiri seperti menembak jari kaki sendiri. Saya tak rasa mana-mana kerajaan yang bijak, begitu berkuasa seperti kerajaan China akan cuba berperang dengan pulau kecil Taiwan. Buat apa? Mereka tak perlukan tanah pun. Mereka tak perlukan Taiwan pun. Selama ini, mereka tak pernah perlukan Taiwan. Jadi mereka takkan sesekali perlukannya.
Kerana jika mereka penganut Buddha, mereka tahu akan hukum karma: Apa yang kita semaikan, itu yg kita dapat. Apa yang kita buat terhadap orang lain akan kembali kepada kita suatu hari nanti. Jika bukan dalam hayat ini, maka selepas meninggal, kita pergi ke neraka, menderita dgn tak henti-henti. Kerana membunuh manusia, mereka pasti akan pergi ke neraka. Semua penganut Buddha tahu akan itu. Bukan penganut Buddha pun tahu. Bukan semua orang China ialah penganut Buddha tetapi kerajaan tahu. Kerajaan di bawah Presiden Xi tahu kerana presidenlah yang mengajar orang supaya taat kepada agama Buddha, juga agama tradisional mereka sejak lama dahulu lagi, sejak zaman Buddha, sejak Guru agung Xuanzang pergi ke India untuk cuba menyalin kitab Buddha dan bawa balik ke China. Itu bagaimana kita ada banyak kitab Buddha disebabkan terjemahan bahasa Cina daripada bahasa Sanskrit. Jika tidak, kita takkan dapat tahu banyak tentang agama Buddha. Berkat usaha orang China. Itu kepercayaan agama tradisional mereka.
Tetapi orang China adalah liberal. Mereka ada banyak agama lama yang lain juga seperti Taoisme, Konfusianisme dan sebagainya yang semuanya khutbahkan kedamaian, keharmonian dan kemurahan terhadap semua makhluk dan sesama manusia. Mereka malah ada peribahasa yang menyatakan bahawa jaring Syurga sangat besar dan kelihatan bebas tetapi satu bulu pelepah kecil pun tak dapat keluar darinya. Jadi bukan sahaja penganut Buddha tahu akan kesan pembunuhan tetapi orang China sangat bijak juga. Mereka tahu semua kebijaksanaan ini kerana mereka sebuah negara yang sangat tua dan ada tradisi yang lama, budaya yang sangat lama. Jadi khususnya Presiden Xi negara China takkan membenarkan serangan terhadap Taiwan (Formosa) berlaku. Tapi tolonglah, orang Taiwan (Formosa), tolong berdoa. Berdoa untuk dunia yang lebih baik, negara yang lebih baik dan hubungan yang lebih baik dengan abang, China. Berdoalah kerana kita takkan tahu.
Semua orang tahu, khususnya China mengetahui bahawa sekarang dah abad ke-21. Kita tak berlawan untuk tanah lagi. Jika ia tak diselesaikan dengan damai, maka biarkannya saja. Banyak negara berbaik-baik sesama mereka. Saya suka hasilnya, cara mereka saling memperlakukan. Seperti Perancis dan Monaco, Itali dan San Marino, Liechtenstein juga sebuah negara yang sangat kecil di sebelah Switzerland, misalnya macam itu. Banyak negara kecil yang lebih kecil daripada Taiwan memang berdaulat. Jadi saya rasa Taiwan harus adanya juga, harus menjadi seperti negara merdeka. Agaknya ada negara-negara kecil lain di dalam negara besar yang dulu milik negara besar tetapi menjadi merdeka dan sebagainya. Cuma saya tak ingat semuanya.
Contoh Negara atau Negeri yang Berharmoni Seperti Saudara
- Andorra dan Perancis/Sepanyol
- East Timor dan Indonesia
- Eritrea dan Ethiopia
- Iceland dan Denmark
- Namibia dan Africa Selatan
- Ireland dan Britain
Dan sebagainya…
Seperti Korea Utara, Korea Selatan; Sudan Selatan dan Sudan; Malaysia dan Singapura. Mereka menjadi saudara dengan begitu saja. Kerana kadangkala dalam keluarga, abang dah besar dan berjaya, dan saudara lain nak berjaya juga, dah besar dan ingin berjaya. Jadi Taiwan adalah begitu juga. Meskipun ada sedikit persengketaan disebabkan sejarah silam atau sesuatu, namun Taiwan dah besar. Mereka ada presiden sendiri, parlimen sendiri, Dewan Senat sendiri dan kerajaan sendiri, dan segalanya baik-baik saja bagi orang Taiwan. Mereka gembira macam itu. Mungkin kerajaan China atau mungkin Presiden Xi Jinping terlalu sibuk dengan bantuan luar negeri, bantu banyak negara seperti negara-negara Afrika dan sebagainya. Saya sangat kagum dengannya kerana mereka ialah negara miskin. Jadi jika kerajaan atau presiden China bantu mereka, ini bermakna mereka tak mahukan apa-apa pun daripada mereka. Jadi saya sangat kagum dengan jenis bantuan mulia, tanpa syarat ini. Mereka terlalu sibuk dengan hal luar negeri dan juga hal-hal lain, sekarang wabak pula dan sebagainya, jadi mereka terlupa membantu Taiwan juga. Saya rasa tak lama lagi apabila mereka tak terlalu sibuk, apabila Presiden Xi Jinping tiada terlalu banyak beban yang menyusahkan beliau, beliau akan berfikir nak lebih banyak membantu Taiwan, membangun lagi, meningkatkan lagi status di arena antarabangsa. Seperti membawa Taiwan menyertai PBB sebagai sebuah negara, bantu mereka supaya lebih dihormati dan diakui sebagaimana yang orang Taiwan wajar peroleh kerana mereka berjaya. Mereka memang berkelakuan baik. Mereka benar-benar menjaga diri dan saling menjaga, menjaga orang miskin dan orang susah, bantu negara lain sebagaimana yang mereka boleh. Tak sebesar China, dah tentu, kerana China ialah abang. Dalam sebuah keluarga, jika abang kaya, terkenal dan berkuasa, biasanya mereka akan membantu adik. Taiwan ialah adik lelaki atau adik perempuan, jadi apabila presiden ada masa, saya rasa beliau akan lebih banyak bantu Taiwan. Itu apa yang saya agak. Agaknya beliau merancang untuk buat begitu, cuma tiada masa. Kerana sekarang dah tiba masanya Taiwan lebih banyak diakui dan dihormati. Mungkin jika kerajaan China terlalu sibuk, tak dapat bantu Taiwan, maka mungkin kerajaan Amerika harus bantu Taiwan juga. Sesiapa bantu Taiwan pun bagus kerana dah terlalu lama mereka diperkecilkan, menderita, diaibkan dan ditindas, dah terlalu lama. Dah tiba masanya Taiwan ada pengakuan dan penghormatan yang wajar diperoleh. Orang Taiwan harus berkelakuan baik juga. Mereka sudah berkelakuan baik sekali, cuma lagi baik adalah lagi baik. Pendapat saya, dah tentu.
Semoga semua orang Taiwan selamat sejahtera. Semoga negara Taiwan dan China selamat sejahtera, aman, ceria dan makmur seperti sekarang. Saya harap kamu kekalkan itu dan berkembang maju – lebih banyak di dalam dari segi rohani, lebih banyak mengamalkan kebaikan, kemurahan, belas kasihan. Lebih banyak veganisme agar negaramu akan ada semakin banyak pahala utk mengekalkan keamanan, keceriaan dan kemakmuran untuk semua orang. Semoga Syurga melindungi kamu semua dan bantu kamu meningkatkan kesedaran spiritualmu. Semoga begitu. Amin. Buddha Amitabha, Bodhisattva Quan Yin melindungi Taiwan dan China. Tolonglah, terima kasih. Terima kasih, semua Santo, Orang Suci dan Buddha yang melindungi Taiwan dan China, melindungi hubungan persaudaraan mereka. Terima kasih. Saya harap kamu puas dengan jawapan saya. (Ya, sangat puas, Guru.) Jika tidak, teruslah tanya saya sebarang soalan tentang negaramu, dah tentu. Oleh sebab kamu orang Taiwan, dah tentu kamu tahu bahawa orangmu risau dan kamu risau juga, jadi saya ambil masa yang panjang untuk jawab soalanmu. Tapi jika kamu nak tanyakan apa-apa lagi, silakan. ( Terima kasih, Guru. Guru telah jawab segalanya. Terima kasih banyak-banyak. )
( Guru, ada banyak situasi serius di seluruh dunia sekarang, ) Ya, saya tahu. ( termasuk kebakaran hutan, banjir, taufan, wabak, kekurangan makanan dan lebih banyak lagi. Nampaknya tiada negara yang tidak alaminya. ) Ya. ( Adakah Guru tahu sama ada semua ini akan berlalu dan kehidupan akan dapat kembali normal tak lama lagi atau ia akan berterusan hingga manusia ubah cara mereka dan buat lebih banyak untuk pulihkan dunia? Atau itu juga berkaitan dengan kononnya perubahan atau set semula dari satu zaman ke zaman lain yang perlu manusia tahan? )
Sebenarnya kita yang buat semua ini. Jadi kita boleh hentikannya. (Ya, Guru.) Itu saja, jawapan singkat saya. (Ya, Guru.) Kita tak boleh buat neraka untuk berbilion-bilion, bertrilion-trilion makhluk di planet ini, maksud saya haiwan yang tak berdosa. (Ya, Guru.) Kita buat neraka yang menyeksakan untuk mereka, kemudian harapkan firdaus di Bumi. Mana boleh? Maksud saya tak seimbang pun. Haiwan yang diseksa dan dibunuh beramai-ramai lebih banyak daripada manusia. (Ya, Guru.) Mana boleh kita harapkan…? “Apa yang kita semaikan, itulah yang akan kita dapat.” Semua kitab, semua agama beritahu kita itu, jadi mana boleh kita terlepas? (Ya.) Jadi jika manusia berubah, dengan serta-merta nasib kita akan berubah, (Ya, Guru.) dunia kita akan berubah dan apa-apa pun yang kita hasratkan akan menjadi kenyataan, maksud saya yang baik. (Ya, Guru.) Dah tentu, jika hasratkan yang buruk, ia akan menjadi kenyataan juga tetapi kesannya teruk. (Ya.) Saya rasa mereka semua tahu akan itu, cuma sukar nak ubah tabiat mereka dan ubah fikiran mereka. (Ya.)
Syurga sangat sabar. (Ya, Guru.) Tuhan sangat sabar. Tetapi kita tak menghargainya. Kita masih tak menghargainya. Tapi saya senang hati melihat berita baik di TV kita kadangkala sewaktu kamu berikan rancangan kepada saya untuk disunting. (Ya, Guru.) Saya lihat kita ada berita yang lebih baik sekarang. Orang semakin kurang makan daging hari ini. Semua negara. Di Amerika pun, sebuah negara daging lembu. (Ya.) Mereka suka stik yang besar dan cukup masak atau tak cukup masak, tapi sekarang mereka kurangkannya. (Ya, Guru.) Jadi saya harap suatu hari nanti, tiada lagi. (Ya.) Kita mendoakan Dunia Vegan kerana Dunia Vegan bermakna Dunia Aman. Keadaan telah menjadi semakin aman damai sekarang kerana lebih banyak orang adalah vegan sekarang. (Ya, Guru.) Lautan pun, lebih banyak plankton bertumbuh untuk menyerap lebih banyak CO2, udara toksik untuk kita. (Ya, Guru.) Baru-baru ini, bukan hanya sebelumnya. Sebelumnya dah ada jenis berita itu. Lebih banyak sekarang. (Ya.) Ada nampak tak? Ia berkadaran dengan kelakuan kita terhadap makhluk lain. Jika kita benar-benar hargai planet dan dunia kita, serta apa saja yg diberikan kepada kita di sini, kita perlu tunjukkannya dengan tindakan, bukan hanya setiap hari pergi ke gereja atau tokong dan berkata, “Syukur kepada Tuhan atas segalanya yang Engkau berikan kepada aku.” Kita sebagai manusia, apa yang kita berikan? Tanyalah kita sendiri soalan itu. Kita perlu mula berfikir, “Sekarang kita perlu beri balik kepada Tuhan, Pencipta, ciptaan, semua makhluk atas apa yang mereka berikan kpd kita.” (Ya, Guru.) Bukan sentiasa, “Syurga, berilah kepada saya.” Kita yang memberi. Kita memberi dengan menjadi lebih pemurah, lebih berbelas kasihan, lebih bertimbang rasa, penderitaan mahkluk lain seperti penderitaan kita. Maka segalanya akan baik-baik saja. Saya janji kepada kamu. (Ya, Guru. Terima kasih, Guru.)
Saya tiada penyelesaian pantas. Penyelesaian yang paling pantas ialah semua orang menjadi vegan dan dunia akan menjadi syurga. Kamu harapkan saya buat ‘hula hup’? Saya tidak. Meskipun boleh, saya takkan lakukannya lagi, tidak lagi, kerana itu tak adil. (Ya, Guru.) Kamu lihat semua haiwan yg menderita, ya Tuhan! Apabila saya lihat mereka menderita, cara orang bunuh mereka, cara orang menyeksa mereka, saya boleh mati saja. Saya kata, “Biarlah aku mati utk mereka. Biarlah aku. Biar aku mati untuk mereka jika ia membantu.” Ia tak membantu. Benar, saya berdoa macam itu. Tapi macam itu tak jadi. (Ya, Guru.) Apabila saya lihatnya, saya tak dapat lihat lagi. Saya cuba bersungguh-sungguh kerana saya perlu. Saya perlu menyaksikan rancangan itu. (Ya, Guru.) Saya perlu menyunting rancangan itu. Maksud saya, saya perlu memeriksanya. Saya tak dapat menyunting seperti kamu. Kamu ada kuasa ajaib. Kamu ada mesin ajaib. Kamu ada sentuhan ajaib. Kamu ada pengetahuan ajaib. Saya tak belajar semua itu. Saya tak pernah terfikir saya akan perlukannya. Dulu saya tak perlukannya. Dan sekarang kita ada Supreme Master Television tetapi saya ada begitu banyak orang muda, berbakat seperti kamu. Buat apa saya perlukannya sekarang? Jadi sebelumnya, saya tak perlukannya; selepas, tak perlukannya. (Ya, Guru.) Tapi saya belajar membuat kerja komputer dan kamu harus dah bangga dengan saya. (Ya, Guru.) Sangat bangga! Ya Tuhan, begitu sedikit yang boleh saya buat! Tapi saya tak dapat buat sebelumnya. Jadi saya rasa bangga. Itu kerja paling hebat yang boleh saya buat, kerja komputer. Adakah soalanmu telah dijawab? (Ya, Guru. Terima kasih.) Saya tiada jawapan baru untuk kamu. (Terima kasih, Guru.) Perkara yang sama saja. Saya sentiasa beritahu dunia tetapi terpulang kepada mereka. (Ya, Guru.) Mereka ada kemahuan bebas dan ada kuasa untuk melakukannya. (Ya.)