Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Secara sampingan, disebabkan oleh soalan kamu, saya teringat untuk beritahu semua manusia bahawa kita dilahirkan dengan sesuatu jenis harta benda yang diperuntukkan, sesuatu jenis keistimewaan, makanan atau status dalam hidup. Jika kita terlebih gunakannya, atau gunakannya untuk tujuan yg buruk, maka kita akan dihukum dgn berat sekali. Terlebih makan pun. Makan dengan rakus atau lahap juga akan dihukum kerana kita makan melebihi peruntukan utk kita. Orang-haiwan juga, banyak haiwan kesayangan terlalu dimanjakan. Kemudian sebelum mati, mereka hidapi banyak penyakit, (Oh! Betul.) atau malah semasa hidup kerana mereka tiada pahala yg cukup utk cernakan semua itu. (Wau!) Jadi bergantunglah. Jika mereka ada pahala yang mencukupi, tak apa. Tapi mana tahu? Setiap pemilik, setiap penjaga suka memanjakan orang-anjing, -kucing, -burung, -itik, -angsa, -monyet mereka, (Ya.) apa-apa saja, malah orang-ikan emas atau -kurita mereka, malah orang-reptilia dan -buaya mereka atau apa-apa saja yang mereka ada. Kita gunakan segalanya sekadar cukup saja. Hanya gunakan sekadar cukup utk hidup. (Ya, Guru.) Tak perlu mahukan lebih banyak. Kerana jika itu bukan takdir kita, meskipun mendapatnya, kita akan kehilangannya. Sama seperti orang dalam ‘Raja Satu Tahun’ ini. Hidup adalah macam itu. Jatuh bangun, bergantung kepada pahala dan karma kita dalam hayat lampau. Jadi meskipun kita ada karma buruk dalam hayat lampau, kita tetap cuba berkemudi ke arah hidup yang wajar, bermoral dan memuja Tuhan. Cuba cari makrifat melalui sebarang cara yang boleh, maka nasib malang pun akan hilang juga akhirnya, atau lebih cepat drpd jika kita tidak cuba mengemudikan hidup dengan betul. (Ya, Guru.) Jika di laut yang bergelora, kita ada bot yang buruk dan tidak berpengalaman juga, maka selamat jalan. Hidup ini ibarat laut yang ada ribut yg melanda pada bila-bila saja. Kita takkan tahu. (Ya.) Jadi kita sentiasa perlu sedia. (Ya.) Sentiasa berjaga-jaga dan mengetahui arah yang harus kita tujui. Maka kita akan selamat.