Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Mahaguru Ching Hai seorang Guru yang sangat berbakat, serba boleh dan bermakrifat penuh. Beliau juga seorang humanis, pencinta alam, pengarang, artis, pereka bentuk, pemuzik dan pengarah filem yg terkenal di dunia. Melalui semua usahanya, Mahaguru Ching Hai menyampaikan kasih sayang tak terhingga dan perhatian berat Syurga terhadap semua makhluk serta galakan tak terbatas kepada mereka yang ingin meningkat maju dari segi rohani. Telah diedarkan sebanyak beratus-ratus ribu naskhah di seluruh dunia sejak kali pertama diterbitkan pada akhir 2021, ‘Kasih Sayang Satu-satunya Penyelesaian’ sebuah buku yang mesti dibaca dalam situasi cemas kita ini. Dengan penyakit, bencana buatan manusia, krisis sosial yang boleh membawa maut, malah peperangan yang tumpahkan darah datang satu demi satu tanpa tanda akan berakhir, buku yang kena pada masanya ini terdiri daripada mesej ikhlas daripada Mahaguru Ching Hai yang baktikan hidup-Nya untuk visi Vegan Sedunia Keamanan Dunia. Dalam buku-Nya, Mahaguru Ching Hai menyatakan punca utama segala kejadian malang, iaitu tabiat makan daging yang membinasakan, membuat orang-haiwan yang tidak terkira menahan penderitaan yang tidak terperikan sejak zaman dahulu lagi. Mesejnya menegaskan Ajaran ‘apa yang kita semaikan, itulah yg akan kita dapat’ dan mengingatkan kita bahawa dosa besar ini akan dikembalikan berlipat ganda sehingga manusia secara ikhlas menghormati hukum kasih sayang alam semesta terhadap semua makhluk dan bertukar kepada cara hidup vegan yang berbelas kasihan sepenuhnya. Situasi Global Sekarang “Sekarang waktu pembersihan yg besar. Meskipun kita dapat menempuh ini, malapetaka lain akan datang. Hari ini, ada begitu banyak malapetaka yang melanda, bukan ini saja. Kita ada Ebola dan salmonela dari ladang orang-ayam dan sebagainya, malah orang-cerpelai. Kamu tahu tak orang-cerpelai yang orang kupas kulit untuk dipakai? Seperti di sesetengah negara Eropah, saya rasa itu Belanda, mereka membunuh beribu-ribu daripada mereka kerana mereka takut akan penularan penyakit. Tetapi tidak kira berapa banyak orang-haiwan yang kita bunuh, ia tidak membantu jika kita tidak mengubah cara hidup kita. Jika kita terus menebang hutan dan buat haiwan liar tiada tempat untuk didiami, kemudian kita semakin dekat dengan orang-haiwan liar, maka mereka akan jangkitkan penyakit dengan sebarang cara. Kemudian satu makhluk jangkiti makhluk lain, kemudian dunia dalam kesusahan macam ini. Kita perlu biarkan orang-haiwan hidup damai jika kita mahukan kedamaian. Itu saja. Itu sangat mudah. Lebih banyak saya tidak dapat katakan. Lebih banyak saya tidak dapat katakan kerana itu hakikatnya dan semua orang tahu akannya.” Alam Sekitar “Saya pasti banyak drpd kamu sedar akan pertambahan bilangan kesan pemanasan global yang diperhatikan di seluruh dunia, jadi saya akan kongsi hanya beberapanya dari dunia dan Amerika Syarikat. Di Artik, Kutub Utara, begitu banyak ais sudah mencair. Ahli sains meramalkan musim panas bebas ais dalam tempoh sesingkat tiga hingga enam tahun saja. Ini mungkin kali pertama dalam sejuta tahun! Keamatan dan jangka masanya juga telah meningkat sebanyak 75% sejak tahun 1970-an. Salah satu ribut ini yang kesannya masih dapat dilihat dan dirasai ialah Taufan Katrina 2005 yang membinasakan terutamanya kawasan New Orleans, dengan orang yang masih memulihkan rumah dan kehidupan mereka hari ini. Saya begitu bersimpati dengan orang Amerika yang perlu mengalami tragedi sebegini.” Buku Mahaguru Ching Hai ‘Kasih Sayang Satu-satunya Penyelesaian’ boleh dimuat turun secara percuma di love4peace.org and SMCHBooks.com