Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Keberhargaan Badan Manusia, Bahagian 4 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Malaikat pun tiada apa yang kita ada. Oleh itu, Tuhan begitu kasihi kita dan banyak malaikat rasa cemburu dan buat banyak kesalahan. Jadi Tuhan perlu buang mereka ke hidup yang lebih rendah. Tetapi malaikat juga diberi kuasa oleh Tuhan selepas penciptaan mereka. Oleh itu, mereka masih gunakan begitu banyak kuasa secara negatif untuk letak manusia dalam banyak situasi yang menguji kesabaran, keadaan susah payah dan ujian yang mencabar. Oleh sebab manusia sudah dilahirkan di luar Tuhan – walaupun kita masih ada segala Kuasa Tuhan ini, namun pada tahap yang kurang sikit tetapi masih lebih kuat drpd malaikat – manusia tetap diletak di dunia fizikal tanpa dilatih, tanpa banyak persediaan untuk kesusahan hidup di hadapan. Mungkin kita telah dilatih, mungkin kita telah diberitahu apa yang nak dibuat di Syurga sebelum kita melompat ke dalam pakaian badan fizikal ini. Kemudian kita lupa. Kita melompat masuk. Apabila kita masuk ke dalam sut fizikal ini, kita lupa akan apa yang telah kita diarahkan, apa yang telah kita diberitahu, bagaimana menangani segala jenis situasi kerana kita ada begitu banyak Kuasa yang diwarisi di dalam diri kita. Tetapi kita telah lupa.

Jadi sekarang kita tertanya-tanya mengapa, jika Tuhan mencipta kita dengan Imej-Nya sendiri, mengapa kita tidak seperti Tuhan? Kita begitu rendah, begitu banyak bersusah payah, begitu lemah, begitu jahil dan tidak tahu banyak tentang apa-apa yang lain kecuali dunia fizikal ini di mana kita perlu bekerja keras bagi mencari rezeki untuk hidup. Kita memang miliki kuasa cipta seperti yang dapat kita lihat tetapi kita anggap segalanya biasa saja, seperti kita dapat melahirkan anak, dapat miliki kecerdasan, dapat mengubah tanah belantara menjadi ladang yang sangat subur, membawa makanan dan khasiat kpd semua orang yg lain di sekeliling kita contohnya. Kemudian kita dapat mencipta teknologi supertinggi ini dan itu: kapal terbang, kereta, roket ke Bulan, internet antarabangsa hebat, contohnya, telefon yang dapat kita saling berbual secara bersemuka dari sejauh beribu-ribu batu, seolah-olah kita berada di depan orang itu. Itu apa yang kita ada tetapi kita ada jauh lebih banyak lagi yang tersembunyi di dalam badan fizikal kecil ini yang kebanyakan drpd kita tidak temui.

Hingga kini, Syurga beritahu saya bahawa tiada sesiapa yang temui segala ketakjuban di dalam badan fizikal ini. Saya juga tak tahu banyak tentang itu sehingga baru-baru ini. Itu penemuan baharu sekali lagi. Sesiapa yang datang ke planet ini akan belajar selama-lamanya. Sejauh situasi yang menentukan, kita akan menemui kuasa ajaib yang tersembunyi di dalam diri kita yang sangat kecil. Saya hanya berikan beberapa contoh untuk anda lihat bagaimana anda gunakan badan fizikal dengan postur mudah yang sudah popular. Barangkali itu semuanya yang tertinggal daripada penemuan silam daripada Guru bijak. Ada sangat banyak lagi tetapi dalam badan fizikal ini pun, kita tiada masa yang mencukupi untuk menggunakannya. Jika saya perlu memilih, contohnya, yg mana nak digunakan utk apa-apa saja, maka saya perlu lihat dalam situasi apa saya perlu gunakan apa. Sesetengah kuasa badan… Bukan badan sebenarnya, bermakna kuasa yang tersembunyi di dalam badan, sama seperti kuasa elektrik tersembunyi di dalam kabel elektrik, misalnya macam itu.

Hanya katakan komputer ringkas saja pun, ada begitu banyak aplikasi, begitu banyak maklumat, begitu banyak benda yang kadangkala pemilik komputer tak tahu bagaimana gunakan semuanya. Hanya bercakap tentang mesin seperti komputer, maka mungkin anda lebih faham tentang badan fizikal. Badan fizikal adalah seperti alat di dalam yang ada banyak maklumat berguna yang kebanyakan orang belum tahu. Begitu banyak sehingga meskipun kita gunakan sepanjang hidup tidak membuat banyak yang lain, mungkin kita tidak temui semuanya. Tetapi Tuhan berikan kepada kita, sekurang-kurangnya berikan kepada saya apa-apa saja yang saya perlukan. Itu saja. Saya tak perlu gunakan semuanya. Saya boleh jika ada masa tetapi saya begitu sibuk kebanyakan masanya. Saya hanya perlu memilih apa-apa saja yang saya perlukan dlm keadaan tertentu di mana saya tak boleh tidak gunakannya.

Jika anda menemui, contohnya, semua kuasa tersembunyi di dalam badan ini – di dalam hujung jari, di dalam jari kaki, di dalam rambut, di dalam setiap milimeter kecil badan anda – dan gunakannya hanya untuk manfaat diri sendiri atau mungkin keluarga anda, beberapa orang saja, maka anda akan seperti hidup di Syurga. Sekurang-kurangnya sesuatu Syurga. Mungkin bukan Syurga prgkt tertinggi tetapi hidup anda akan menjadi selesa, lancar, ceria, senang. Tetapi jika anda gunakannya untuk banyak kumpulan orang yg lebih besar, maka mungkin anda tak dapat mengendalikan semuanya.

Contohnya, seperti yg saya dah beritahu anda, cara anda duduk, dengan kaki bersilang sepenuhnya dengan ibu jari dan jari telunjuk bersentuhan serta semua jari yang lain diluruskan ke depan, maka anda dapat mengawal emosi dengan baik sekali jika anda mahu, pada bila-bila saja anda mahu supaya mungkin anda dapat bertenang dalam setiap dugaan atau situasi yang amat menyedihkan. Tetapi itu untuk anda saja. Jadi anda boleh gunakan alat ini untuk diri sendiri. Tetapi ada postur lain yang tak boleh saya dedahkan kpd anda. Mungkin suatu hari nanti. Mana tahu? Mungkin pada masa depan.

Apabila dunia menjadi lebih baik dan mungkin manusia menjadi berhati lebih murni dan mengikut cara hidup yang lebih berbelas kasihan – saling menyayangi seperti menyayangi diri sendiri – maka mungkin Tuhan akan izinkan saya mendedahkan lebih banyak rahsia yang tersembunyi di dalam badan fizikal rendah kita. Tetapi belum lagi kerana mungkin ia memudaratkan orang jika mereka tak cukup suci untuk mengendalikan kuasa besarnya. Ada jauh lebih banyak lagi, dah tentu, lebih banyak gestur yang akan datangkan kuasa-kuasa yang berlainan untuk anda dan bilangan orang yang lebih besar gunakan, tetapi tak sentiasanya untuk seluruh dunia. Anda boleh gunakan sedikit pd satu-satu masa dan dapat membantu dunia sampai tahap tertentu. Kemudian mengambil sedikit masa untuk membantu dunia, bilangan orang yang lebih besar, bukan hanya diri sendiri atau membantu keluarga kecil anda saja.

Jika anda dapat menemui kuasa yang tersembunyi di dalam badan ini, maka anda akan percayai apa yang difirmankan oleh Tuhan dlm Bible bahawa Tuhan mencipta anda dengan Imej-Nya sendiri. Dengan Imej-Nya sendiri, Dia mencipta manusia. Ya Tuhan, bayangkan anda ialah replika Kuasa Tuhan. Bayangkan itu. Boleh berapa hebatnya itu? Tetapi kebanyakan drpd kita telah dibuat menjadi buta, pekak, bisu disebabkan oleh maya ilusi, kuasa ilusi di dunia ini yang merebahkan kita – kuasa daripada malaikat ingkar yg ada begitu banyak kuasa drpd Tuhan yang dulu dikurniakan kpd mereka ini. Sebelum manusia muncul pun, Tuhan sudah mencipta malaikat. Malaikat-malaikat ini membuat revolusi dengan Tuhan, cuba memfitnah manusia, cuba memudaratkan manusia untuk mengecil-ngecilkan mereka, cemburui mereka dan bercakap buruk tentang mereka di depan Tuhan.

Oleh itu, Tuhan terpaksa buang mereka ke tempat lain, peringkat yg lebih rendah tetapi mereka tetap tak dapat berubah. Mereka tidak bertaubat dan terus menguji, untuk menguji manusia dengan setiap cara berlainan yang boleh hanya untuk buktikan kepada Tuhan dan diri sendiri bahawa manusia tiada apa-apa yang hebat, bahawa manusia memang tidak lebih baik daripada mereka, tidak wajar dimanjakan, tidak wajar diperlakukan dgn lebih baik daripada malaikat pun, tidak wajar dihormati.

Tetapi kita ialah ciptaan tertinggi. Saya boleh jamin itu dengan pengalaman fizikal dan spiritual saya sendiri. Buddha berkata badan manusia memang jarang untuk diperoleh. Ya. Kerana di dalam badan manusia, kita boleh menjadi bermakrifat, boleh menyedari Kuasa Tuhan di dalam, Sifat Buddha kita – Kuasa besar Sifat Buddha di dalam diri kita. Sebab itulah selepas Buddha menjadi bermakrifat, Baginda berseru, “Semua manusia sama seperti saya! Mengapa mereka tidak menyedarinya?” Itulah situasi kita.

Jika kita di Syurga, dimanjakan oleh Tuhan, disayangi oleh semua malaikat dan dilayani oleh semua Makhluk Tinggi, maka kita tak tahu banyak. Kita hanya nikmati kegembiraan. Itu tak apa juga. Sebab itulah banyak makhluk yang serupa dengan manusia tidak turun ke peringkat fizikal. Mereka berasa puas dengan keadaan mereka dan apa yang mereka ada. Tetapi sesetengahnya tertanya-tanya sama ada terdapat apa-apa di luar itu. Mereka ingin cuba. Malaikat ingkar asyik memprovokasi mereka untuk cuba sesuatu yang baharu, sentiasa beritahu mereka, “Sekarang engkau tiada apa-apa yg hebat. Jika berani, engkau turunlah ke dunia fizikal dan lihat sama ada engkau dapat hidup – lihat sama ada engkau dapat buat apa-apa untuk membuktikan bahawa engkau ialah Imej Tuhan.”

Sesetengah orang tergoda dan turun ke sini. Mereka ingin mengenali diri sendiri. Kerana di Syurga, kita tak perlu buat banyak. Segalanya disiapkan mengikut hasrat kita dengan serta-merta. Di Syurga yang lebih rendah pun, kita dah jalani kehidupan gembira, apalagi yang lebih tinggi. Oleh itu, jika anda ingin cuba menguji Wasiat Tuhan, seperti, “Saya dicipta dgn Imej Tuhan dan miliki segala Kuasa mungkin,” ya, itu tak apa. Tetapi di dunia maya, ilusi ini, mereka buat segalanya secara berbeza – tidak seperti di Syurga. Jadi anda akan bersusah payah, bekerja keras untuk hidup di sini pun, apalagi ingat akan diri sendiri.

Maka melihat situasi ini, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Tinggi, Yang Mutlak dan semua Guru di bawah Arahan dan Bimbingan Tuhan dihantar ke bawah sini. Mengetahui situasi manusia, melihat begitu banyak susah payah di lautan penderitaan di dunia fizikal, Mereka turun ke sini. Tuhan hantar Mereka ke bawah sini untuk ajar kita, tunjukkan kepada kita jalan pulang ke Rumah semula, cara gunakan sekurang-kurangnya hubungan kita dengan Kuasa Syurga untuk pulang ke Rumah atau pergi ke Alam Buddha – ke mana-mana saja kita ingin pergi. ‘Pulang ke Rumah’ juga bermakna Alam Buddha, Syurga – apabila saya kata Syurga, saya maksudkan sesuatu di atas peringkat fizikal kita. Alam Buddha juga berada di sesetengah Syurga ini.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/8)
1
2024-06-28
16436 Tontonan
2
2024-06-29
10482 Tontonan
3
2024-06-30
9707 Tontonan
4
2024-07-01
9540 Tontonan
5
2024-07-02
8484 Tontonan
6
2024-07-03
7983 Tontonan
7
2024-07-04
7626 Tontonan
8
2024-07-05
7448 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android