Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, semua orang yang suci dan pemuja Tuhan yang taat sepenuhnya. Saya perlu beritahu anda apa yang Tuhan mahu saya beritahu anda walaupun saya tak pernah terfikir saya perlu. Kerana saya tidak biasa dengan pengurusan macam ini, pengendalian situasi macam ini. Jadi saya cuba elakkannya dan tidak berfikir. Tetapi Tuhan beritahu saya, “Orang di dunia perlu tahu.” Itu tepat-tepat Kata-kata-Nya. Saya tak berani, atas Syurga dan Neraka, berbohong. Anda tahu akan itu. Saya hanya bercakap benar apabila tidak menyenangkan pun. Rasanya saya dah jelaskan sebelumnya dalam salah satu Berita Selitan dan juga sambungan Antara Guru dengan Anak Murid yang barangkali mereka dah siarkan atau akan siarkan tak lama lagi. Oleh sebab ada beberapa bahagian BMD (Antara Guru dengan Anak Murid), jadi barangkali ia mengambil masa untuk disiarkan.Saya cuba elakkan nama itu sewaktu menjelaskan… Saya risau tentang orang yang percaya, tak berdosa yang mengikut guru spiritual palsu Trần Tâm. Saya ada sebut sebahagiannya tetapi cuba mengelakkan namanya tetapi Tuhan memaksa saya memberitahu namanya. Jadi orang ini, nama entiti ini, dia menamai dirinya ‘Guruji Ruma’. Dia cuba membuat segalanya hampir seperti saya dan meniru dengan setiap cara, tiruan yang begitu buruk seperti dia. Sama seperti yg dikatakan oleh Buddha bahawa pd Zaman Penghujung Dharma, iaitu sekarang, Mara yang menipu dan gengnya akan gunakan cara yang sama dengan Buddha untuk hancurkan Dharma Buddha!Tetapi pada asalnya, saya berfikir itu hanya sekumpulan kecil orang, dan dia bukan satu-satunya orang yang mencuri ajaran, gaya dan cara hidup saya. Mereka masuk, terima inisiasi, tidak berdoa, bermeditasi atau apa-apa pun, kemudian keluar dan mengumumkan diri sebagai ‘guru spiritual’. Ingat hanya arahan mudah itu saja! Mereka tiada sebarang Kuasa Guru, juga tak tahu bagaimana membawa orang ke atas, bagaimana melindungi mereka daripada kesusahan, neraka dll... Tapi seperti yang saya dah beritahu anda juga, buat masa ini belum ada sesiapa yang telah capai ketinggian ini. Maksimum adalah di Peringkat Ketiga, paling tinggi Peringkat Ketiga tinggi, belum membebaskan diri daripada kitaran semula lahir dan mati pun! Mana dapat mereka bebaskan orang lain dengan ‘pendapatan’ spiritual sendiri yang tak seberapa? Seperti orang miskin – macam mana bantu sesiapa jika dia sendiri tiada apa pun untuk dimakan?! Saya telah katakan itu dalam salah satu Berita Selitan, atau barangkali mereka akan menyiarkannya dalam Antara Guru dengan Anak Murid. Jadi saya berfikir itu dah sangat jelas. Saya ada nota di sesuatu tempat. Saat. Saya akan kembali.Seperti baru-baru ini, hanya 15% daripada kononnya anak murid saya – saya panggil mereka sebagai anak murid Tuhan, tetapi di dunia ini, dengan bahasa, saya perlu kata ‘anak murid saya’ – hanya 15% di Peringkat Kelima rendah, dan 65% di Peringkat Keempat rendah hingga Peringkat Keempat tinggi. Sesetengah anak murid suci saya sudah meninggal dunia dan pergi ke Alam Baharu Tim Qo Tu – itu Syurga; atau Alam Buddha. Tiada satu pun anak murid saya di atas Peringkat Kelima yang masih berada di planet ini. Orang luar pula, tidak kira apa yang mereka katakan, hanya beberapanya yang begitu jarang, jika ada sesiapa yang telah capai Peringkat Kelima, telah menjadi Buddha. Tapi saya tak nak kata terlalu banyak. Saya tak nak singgung perasaan orang walaupun kebenaran itu tetap kebenaran. Kerana mereka tidak amalkan kaedah yang betul. Mereka tidak mengikut jalan langsung. Itu saja.Tetapi orang yang bernama Trần Tâm atau Ruma ini meniru hampir seluruh nama saya. Dulu saya rasa malu-malu nak beritahu orang bahawa saya ialah Mahaguru Ching Hai. Jadi saya beritahu mereka, “Panggil saya ‘Suma’.” Jadi untuk suatu tempoh masa, mereka panggil saya Suma. Orang ini, Trần Tâm, tak boleh mendapat nama ‘Suma’, jadi memanggil diri ‘Ruma’.Banyak orang juga tanya saya sama ada dia ialah pengganti saya atau bukan – dah tentu bukan! Saya tidak ada kena-mengena dengan Trần Tâm, atau Ruma. DAH TENTU DIA TIDAK! TRẦN TÂM BUKAN PENGGANTI SAYA. Tiada orang dalam kumpulan saya tahu akannya, saya sendiri pun tak tahu! Mereka kata saya berikan gelarannya ‘Pengganti’. Saya akan tahu jika saya berikannya. Semua anak murid saya akan mengetahuinya. Jadi semuanya PALSU dan FIKSYEN sepenuhnya! Saya tak bertanggungjawab atas apa-apa yang dibuatnya. Semoga seluruh dunia tahu bahawa dia memudaratkan dan sedar akan dia, menjauhi dia sebelum dia hisap anda sehingga menjadi kering. Lagi jauh lagi baik untuk dunia.Saya tak pernah umumkan bahawa saya ada pengganti, dan saya tak pernah umumkan bahawa saya berhenti kerja. Tidak! Saya buat banyak kerja, bukan hanya seorang Guru saja. Saya bukanlah seorang ‘Guru profesional’ seperti setiap Guru yg lain sebelumnya. Mereka hanya mengajar anak murid dan tiada apa-apa yang lain lagi. Begitu pun, Mereka dah ada sangat banyak kesusahan. Saya perlu menjaga dunia juga, dan secara sampingan, menjaga anak murid saya.Sesiapa yang percaya kepada saya, saya terima mereka. Saya tak periksa latar belakang mereka, apa pekerjaan mereka, sama ada mereka berduit, telah beramal atau ada pahala yang mencukupi atau tidak. Biasanya saya menerima semua orang. Saya berikan peluang kepada mereka untuk berubah, berpatah balik. Tapi sesetengah daripada mereka masuk untuk motif tersembunyi peribadi, untuk motif tersembunyi peribadi, atau dihantar oleh kuasa Negatif untuk mengacau dunia ini. Sebenarnya mereka bukan manusia. Itu sebabnya. Saya sudah tinjau. Trần Tâm ini ialah syaitan ghairah yang sangat berhati batu. Orang yang terus mata dapat lihat bahawa entiti yang bernama Ruma ini memang merupakan syaitan yang menyamar. Mungkin sesetengah daripada anda dapat buka mata dan lihat. Saya merisikokan reputasi/keselamatan/masa berharga saya dan lain-lain lagi untuk beritahu anda... hanya kerana Tuhan mahu saya beritahu.Saya telah tinjau dengan Raja Mara. Kadangkala kami bercakap walaupun Dia buat secara bertentangan dengan apa yang saya buat dan cuba sungguh-sungguh utk mudaratkan saya, tetapi Dia lebih baik sekarang, jadi saya panggil Dia ‘Raja Mara Mulia’ dan berharap Dia akan benar-benar bantu saya menjaga dunia ini, membuat dunia ini menjadi syurga. Sekarang, seperti yg Tuhan beritahu saya: Sekarang saya ada Raja Karma dan Raja Keselamatan yang beri bantuan tambahan kepada saya di samping banyak Raja lain. Saya ada senarai panjang Raja-raja yang datang untuk beri hormat kpd saya pada bulan April tahun lalu. Tapi saya tak tahu di mana saya letak buku itu. Tempat saya sangat kecil. Saya tak boleh biarkan segalanya berselerakan. Jadi jika saya nak cari sesuatu, saya perlu korek di dalam kotak, kotak berpita, atau mungkin beg pakaian berkunci di sesuatu tempat. Macam mana pun, tahulah bahawa semua Raja datang, segala jenis Raja. Sesetengahnya buat kerja baik; sesetengahnya tak boleh disebabkan oleh karma dunia yang memaksa Mereka membuat apa yang Mereka buat, seperti Raja Perang, contohnya.Sekarang, syaitan ini dihantar oleh Raja Mara. Saya minta Raja Mara Mulia supaya menjauhkan syaitan yang dipanggil Trần Tâm atau Ruma ini dari saya. Dia harus berjauhan, tiada kena-mengena dengan saya. Apa-apa daripada saya, dia tak boleh gunakan. Nama saya, nama terjemahan saya, ajaran saya, kaedah pengajaran saya, Hadiah rahsia saya kepada anak murid, segalanya yang berkaitan, berhubungan dengan saya, tiada apa-apa yang harus digunakannya. Tiada apa-apa dia dibenarkan untuk gunakan. Lagi baik jika dia umumkannya secara rasmi. Jika tidak, saya tak dapat selamatkan dia lagi jika dia teruskan lagi, dan Raja Mara juga akan perlu menanggung sebahagian daripada tanggungjawab berat ini! Kerana saya tak pernah memudaratkan Trần Tâm atau mana-mana syaitan jika mereka tak memudaratkan saya, anak murid saya atau mereka yang baik terhadap saya.Saya terus berkata kepada Raja Mara, “Aku bukan sahaja Buddha Maitreya yang berbelas kasihan tetapi juga Raja Pemutar Roda Dharma yang berkuasa. Aku bukan sahaja gunakan belas kasihan tetapi juga gunakan Kuasa KEADILAN yang inheren di Kerajaanku, dengan kuasa Raja.”Dia baru mendapat nama ini (Raja Mara Mulia), beberapa hari yang lalu. Lama dahulu, Dia masih ‘Raja Mara’ saja. Sekarang saya rasa Dia ada niat baik, niat mulia. Saya harap Dia boleh buat sesuatu tetapi saya belum lagi pasti dengan itu. Masa akan buktikan segalanya! Ya Tuhan, mungkin saya tak harus bercakap tentang ini. Haruskah saya? Biar saya tanya. Okey. Ya. Tetapi Dia kata jika seseorang buruk, Dia tetap perlu membuat kerja-Nya. Tetapi sebelum itu, sebelum waktu ini, saya beritahu Dia bahawa saya tak begitu buruk, jadi mengapa Dia hantar syaitan, orang bernama Trần Tâm yang kemudiannya menggelar diri sebagai Ruma, malah ‘Guruji’, ‘Guru Agung’. Ya Tuhan! Dan meniru tepat-tepat hampir segalanya yang saya buat. Saya bernyanyi pun, dia juga bernyanyi dengan ‘suaranya’. Ya Tuhan. Saya secara kebetulan mengetahuinya baru-baru ini saja. Saya tak tahu selama ini apa yang dibuatnya.Kerana ada beberapa orang yang masuk dan diinisiasi beberapa hari, beberapa bulan saja, kemudian lompat keluar dan menjadi ‘guru spiritual’ – menggelar diri sebagai guru spiritual. Saya berfikir, “Oh! Tak mengapa. Mereka tak berkuasa. Orang akan tahu…” Oh, orang tak tahu! Orang tak tahu. “Mereka tak dapat menarik sesiapa pun,” jadi saya tak terlalu risau, kerana saya tahu mereka ini palsu. Saya berfikir, percaya bahawa manusia ada roh. Mereka pasti tahu apa adalah yang palsu dan yang sebenar. Kemudian saya terlalu sibuk, tak dapat ingat akan mereka pun.Saya uruskan satu orang yang saya ingat. Dulu dia pergi bersama saya untuk bersuluk dan menampakkan diri, kemudian tiba-tiba menjadi ‘guru spiritual’. Saya tidak tahu sehingga seseorang beritahu saya, sehingga dia sakit tenat. Dia berada di katil maut, kemudian bertaubat, berdoa kepada saya dan sembuh. Dah tentu, maka saya maafkan dia. Tetapi seorang lagi itu tidak bertaubat. Saya malah menulis surat kepada dia.Orang merungut kepada saya, bertanya mengapa saya buatnya macam pengganti. Mengapa saya buat begitu? Mengapa saya beri kedudukan pengganti kepada Trần Tâm? Dia tak pernah saya sendiri hantar ke mana-mana untuk memberi inisiasi pun tetapi dia meniru. Dia juga meniru Hadiah daripada saya yang berasal dari atas Peringkat Spiritual Kelima. Dia tak dapat mengetahui itu dan ia tak sepatutnya diberitahu kepada orang lain jika anda tahu kerana anda akan kehilangan kuasa itu dengan serta-merta, dan memudaratkan diri dan orang lain juga.Saya ada biksu dan biksuni yang lebih cemerlang tetapi mereka tak dapat lakukan kerja pengganti pun, apalagi dia – syaitan ghairah sebegini. Hanya kerana dia ada badan, masih sukar untuk diuruskan.Photo Caption: Senyum, dan Dunia akan Senyum: Senyuman untuk Anda!