Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Hantu Ghairah Secara Bohong Umumkan Dia ialah Buddha Maitreya, Bahagian 1 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo, orang tersayang Tuhan. Berharap anda semua baik-baik saja. Ucapan selamat dan salam kasih sayang saya kepada anda. Hari ini, saya ada perkara cemas dan penting untuk diselesaikan dengan anda. Ini malah melibatkan Cao Đài-isme. Bagi banyak daripada anda, agama ini mungkin asing tetapi anda boleh lihat di internet untuk mendapat tahu ia berasal dari Âu Lạc (Vietnam).

Selama beberapa hari sebelum hari ini, saya telah dihantar mesej cemas untuk saya buat sesuatu, berkongsi maklumat, tetapi saya terlalu sibuk, jadi tak benar-benar tinjau untuk lihat ia dari mana. Semalam, mesej itu sangat jelas dan mendesak tetapi menggalakkan saya supaya menyertai, mengkaji dan meninjau isu tersebut. Jadi saya tinggalkan banyak beban kerja pada kira-kira pukul 3, 4 pagi semalam.

Hari ini 26 hb. Bukan, bukan, pada 25 hb. Ya, betul, pada 25 Ogos 2024. Jadi saya duduk dan tanya Penghantar mesej, “Beritahulah aku itu mengenai apa, begitu cemas, dan biar aku tahu juga siapa Engkau.” Jadi segalanya terpapar dgn jelas sekali, suatu visi… Biar saya lihat. Saya ada catatkannya di sini. …Santo dan Orang Suci Cao Đài, dan juga… Berapa banyak di sini? Bersabarlah dengan saya. Saya hanya ada nota yang dibuat dgn pantas sekali, tak begitu senang untuk dibaca, tidak seperti kita menaip dan bacanya, atau adanya di telepandu atau apa-apa. Oh! Tak apa. Saya tak nampaknya. Saya akan beritahu anda lepas ini. Oh, saya tahu apa yang berlaku! Saya tulis sebahagiannya pada kertas dan sebahagiannya di telefon kerana saya dalam kegelapan. Saya tak nak bangun dan ambil lebih banyak kertas. Jadi saya akan cari telefon itu dan akan kembali. Saya akan berhenti buat masa ini. Jadi okey, saya dah kembali ke sini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Baginda Raja Alam Cao Đài yang akan saya beritahu anda dgn lebih lanjut lepas ini. Saya baca saja apa-apa yang dilihat. Saya tidak biasa baca teks siap sedia, terutama dengan trengkas dan tak begitu jelas. Baiklah. Baginda Raja Cao Đài-ism di… kita panggilnya Alam Cao Đài, mempengerusikan, mengetuai perhimpunan ini, pertemuan banyak Santo dan Orang Suci Cao Đài ini. Semuanya bersama… Ini bukanlah semuanya yang mereka ada di sana. Ini hanya Santo dan Orang Suci utama yang penting dalam Majlis. Ada 58 orang Santo dan Orang Suci Cao Đài pada 24 Ogos, bukan 25 hb. Masa berlalu dengan cepat sekali, maaf. Saya tulis di sini, “24 Ogos”.

Ketua mesyuarat ini juga merupakan Baginda Raja Alam Cao Đài. Nama Suci-Nya ialah Đại Thánh Đế Quân dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam). Saya khuatir saya tak tahu bagaimana terjemahkannya dgn betul. Bagi saya, lebih kurang macam ‘Baginda Raja Santo Agung’. Atau mungkin ‘Maharaja Santo Agung’. Aku mohon ampun jika aku singgung perasaan-Mu, Tuanku, dan semua Santo. Aku tak begitu biasa dengan Cao Đài-isme. Ini kali pertama aku benar-benar berhubung dengan Engkau. Ampunilah aku atas sebarang kesilapan, dan beribu-ribu Orang Hadir yang berbeza-beza pangkat Mereka, segala jenis pangkat dari Alam itu. Saya juga dinaikkan ke atas sana untuk lihat Mereka, Alam Mereka yang mengagumkan, indah juga.

Mesyuarat ini adalah mengenai seseorang yang sepatutnya menjadi medium yang baik dan suci – jadi kita boleh kata seperti penyampai ajaran Santo dan Orang Suci dari Alam Cao Đài-isme yang lebih tinggi. Orang itu bernama Huệ Bửu, atau dalam bahasa Cina, Hoa Bao. Saya sendiri tak tahu akan dia hingga beberapa minggu yang lalu apabila terbaca penulisannya yang dihantar di… Saya rasa itu YouTube. Saya tak pasti lagi. Maka itu pasti YouTube.

Seperti yang saya dah beritahu anda, saya ada telefon tanpa SIM, dan sejak itu, saya telah menemui banyak perkara. Sebelumnya, kadangkala saya hanya baca berita daripada laporan Barat. Saya tidak lihat laporan berita Âu Lạc (Vietnam) sebelumnya, sangat jarang, kadangkala, ia timbul. Sebelumnya saya lihat seperti Microsoft. Mereka laporkan banyak perkara. Saya lebih banyak meninjau keamanan dunia atau sesuatu yang mengganggu seperti wabak, atau klip lucu orang-haiwan untuk dihantar kepada pasukan Supreme Master Television kalau-kalau mereka dapat lihat apa yang diperlukan, apa yang boleh digunakan atau boleh diilhami untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang subjek ini dan itu, atau melaporkannya dalam berita. Sekarang ini, itu dilakukan oleh pasukan lain kerana saya memang tak cukup masa lagi. Meskipun saya tak makan dan tak tidur, saya tak dapat siapkan kerja sepanjang hari jika itu juga termasuk berita itu kerana setelah dalam berita, kita perlu membuat banyak kajian.

Sekarang, En. Huệ Bửu ini menulis namanya, malah mendakwa diri sebagai ‘Đại Minh Sư Huệ Bửu’, bermaksud ‘Guru Agung Huệ Bửu’. Saya tidak kenali dia sebelumnya walaupun dia mendakwa dia anak murid saya. Sesetengah orang, kononnya anak murid saya, kenali dia dan beritahu saya kerana saya tak tahu siapa dia. Jadi saya dimaklumi dan tanya. Sesetengah daripada kononnya anak murid saya berkata bahawa dia anak murid saya sehingga dia menjadi bekas anak murid saya disebabkan oleh rancangan jahatnya.

Mesyuarat ini adalah mengenai bagaimana Pemimpin, Santo dan Orang Suci Alam Cao Đài serta Baginda Raja Cao Đài-isme membuat aduan – bukan aduan, permintaan – kepada saya. Saya tak tahu banyak tentang Huệ Bửu ini hingga baru-baru ini. Sebelumnya saya tak rasa itu masalah yang terlalu besar. Selepas mereka beritahu saya bahawa dia anak murid saya, saya berfikir, “Apa jenis anak murid ini, melakukan perkara yang tak betul?” Dia pergi memberi inisiasi kepada orang tanpa memaklumi saya sama sekali atau tanya saya,

kerana biasanya kami buat macam ini: Orang perlu memohon supaya kami boleh mengetahui tempat dan maklumat hubungan mereka agar apabila ada inisiasi, kami tidak lakukannya seorang demi seorang. Kami tiada banyak masa dan orang yang mencukupi untuk sentiasa beri inisiasi seorang demi seorang. Ini kadangkala berlaku, bergantunglah. Jika orang itu sudah di Hsihu atau mungkin Ashram Alam Baharu, maka kami dapat buat begitu. Tetapi biasanya mereka memohon dulu melalui pusat meditasi, kemudian pusat meditasi hantarnya ke jabatan, kemudian jabatan itu akan hantar semua nama mereka yang tersenarai kepada saya.

Saya tak benar-benar perlukan nama dan gambar mereka, cuma adalah baik pihak pentadbir memberi kad pengenalan inisiasi kepada mereka supaya apabila mereka masuki Ashram, mereka ada keutamaan. Mereka boleh masuk dan duduk di dewan meditasi bersama-sama manakala orang lain mungkin berada di luar, bermeditasi sendirian, bermain dengan anak atau membeli makanan daripada penjual yang kami benarkan untuk masuk di satu bahagian Ashram – makanan vegan, sayuran dan barang keperluan yang lain. Itu sekumpulan kecil penjual dari kawasan sekitar yang berdekatan.

Dulu kami ada itu juga di Hsihu, jadi penduduk kampung boleh bawa makanan vegan mereka, sayuran dan buah-buahan yang ditanam oleh mereka sendiri serta kek vegan, protein, tauhu buatan sendiri dan apa-apa saja makanan yang dimasak oleh mereka. Kita boleh terus makannya atau belinya untuk dibawa pulang, segala jenis produk. Kami tak pernah ambil wang daripada penjual ini. Kami berikan ruang kepada mereka supaya mereka datang memperagakan produk mereka di ruang sendiri yang diperuntukkan kepada mereka. Maka mereka dapat jual secara langsung kepada sesiapa saja yang nak belinya.

Photo caption: Dengan Rendah Diri Berasa Bangga Menjadi Perhiasan

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android