Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Wanita yang Tinggi, Bahagian 4 daripada 20

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi Kaedah Quan Yin – Kaedah tanpa kaedah yang gunakan roh untuk mentransmisi kepada roh dengan Rahmat Tuhan, dengan segala Kuasa Guru – itu cara untuk membebaskan diri kita dan menjadi Buddha dalam masa satu hayat atau akhirnya. Sekurang-kurangnya mendapat pembebasan dalam hayat ini jika pengamal mematuhi ajaran Guru, melakukan meditasi dan menjaga disiplin.

Sama seperti jika memandu kereta, anda perlu menjaga disiplin di jalan raya. Jika tidak, anda akan alami kesusahan. Semasa pengajar memandu beritahu anda cara memandu, “Kamu perlu kekal berada di kiri, kekal berada di kanan macam ini. Kakimu perlu diletak pada pedal ini, pada pedal itu. Matamu perlu terpaku pada jalan raya. Ada papan tanda sebegini yang perlu kamu hormati. Di papan tanda ini, kamu tak boleh belok ke kiri. Papan tanda itu – kamu tak boleh belok ke kanan,” dan dalam cuaca hujan, berapa laju anda harus memandu, misalnya macam itu, itu bukan kerana pengajar memandu itu tegas dgn anda, tidak baik terhadap anda atau menimbulkan kesusahan untuk anda tetapi dia perlu mengajar anda cara yang betul supaya anda boleh selamat ketika memandu dan anda juga dapat bantu orang lain menjaga keselamatan diri.

Anda perlu memandu bersama-sama secara selaras mengikut prinsip yang sama. Jika tidak, anda akan alami kemalangan jalan raya. Anda boleh bahayakan nyawa sendiri, tercedera atau malah cacat seumur hidup. Jadi Guru mengajar anda kaedah yang mudah tetapi anda perlu mematuhinya dan hormati disiplin, peraturan dunia ini. Ini ialah peraturan untuk memastikan anda selamat di dunia ini! Contohnya, jika anda bunuh orang, anda akan dipenjarakan atau akan dibunuh juga dengan pelaksanaan hukuman mati! Banyak negara atau negeri masih mengekalkan undang-undang pelaksanaan hukuman mati. Jika anda bunuh orang, anda akan dibunuh. Anda akan dihukum bunuh dengan cara-cara yang berlainan.

Jadi jika Guru beritahu anda, “Jangan membunuh, jangan mencuri, jangan mengambil dadah dan arak,” misalnya macam itu, “Taat kepada ibu bapa, datuk nenek kamu, berdamai dengan ahli keluargamu,” dan lain-lain, ini pun hanyalah disiplin biasa untuk dunia ini supaya anda akan mengecap kedamaian di dunia ini dan selamat untuk meneruskan amalan spiritual. Itu saja belum cukup untuk anda menjadi Buddha! Meskipun anda tidak makan apa-apa pun, itu takkan bawa peringkat Buddha kepada anda. Hati anda perlu 100% benar-benar ikhlas dan teringinkannya. Meskipun anda melafazkan Nama Buddha, Nama Nabi Isa, Santa Maria atau mana-mana Santo, hati anda mestilah ikhlas, benar-benar tertumpu dalam pemujaan dan kepercayaan kepada Santo itu, Buddha itu.

Jadi jika anda sentiasa berkata, “Buddha Amitābha, Buddha Amitābha,” “Nabi Isa, Nabi Isa,” tanpa sebarang niat, tanpa sebarang usaha ikhlas dalamnya, tanpa hati anda dalamnya, maka tak berguna. Ia takkan bawa anda ke mana-mana. Anda masih boleh pergi ke neraka. Saya takkan mohon maaf memberitahu anda itu kerana itu kebenaran. Ketika saya baru keluar, orang juga tanya saya, “Saya melafazkan ‘Buddha Amitābha’ setiap hari. Akankah saya pergi ke Syurga atau Alam Buddha?” Saya kata, “JIKA. Jika kamu ikhlas. Jika tidak, Nama Buddha tidaklah cukup baik untuk kamu.” Kerana jika anda tidak ikhlas, jika anda tidak teringinkannya, maka anda tidak berhubungan dengan Kuasa Buddha. Itu saja.

Kemurnian hati anda, keikhlasan anda, keteringinan anda terhadap Alam Buddha atau Tuhan – itu seperti masukkan palam ke dalam soket elektrik yang akan berikan kuasa kepada anda untuk menerangi rumah anda, melihat seluruh dunia melalui televisyen, menelefon rakan anda dari seberang banyak lautan, dari sebelah dunia yang lain, contohnya. Jika tiada palam di dalam soket, anda takkan ada tenaga elektrik. Sesetengah orang melafazkan ‘Buddha Amitābha’ tetapi tetap pergi ke neraka. Mereka malah amalkan diet vegetarian atau vegan, banyak pergi ke tokong, menawarkan wang atau makanan dan menawarkan perkhidmatan atau wang kepada biksu tetapi tetap pergi ke neraka. Banyak orang pergi ke neraka. Banyak biksu dan biksuni – biksu Buddha, biksuni Buddha, paderi Katolik, biarawati Katolik dan banyak agama yang lain, kononnya pendeta lelaki dan wanita ‘suci’ pun pergi ke neraka. Anda tahu bahawa saya patuhi rukun bercakap benar. Saya tidak berbohong kepada anda. Saya tak perlu buat begitu – tiada sebab.

Jadi pastikanlah hati anda ikhlas. Jadi tidak kira sama ada anda lelaki atau wanita, anda akan capai peringkat Buddha. Mungkin bukan dalam hayat ini kerana anda tak cukup masa atau tak cukup bertumpu tetapi Guru anda akan bantu anda. Apabila anda pergi dari dunia ini di penghujung hayat, Guru akan bawa anda ke peringkat yang lebih tinggi jika sekurang-kurangnya dalam hayat ini anda percayai Guru, tidak buat sebarang perbuatan yang salah mengikut sekurang-kurangnya Lima Rukun malah untuk menjaga kedamaian masyarakat manusia, bukan hanya untuk Buddha saja.

Di Alam Buddha, anda tiada Lima Rukun. Anda tak dengar nama dosa. Anda tak dengar perkataan penderitaan. Anda tak dengar apa-apa pun seperti banyak perkara yang kita dengar di dunia ini, kadangkala sangat buruk, sangat berdosa, sangat buruk, tidak mulia, tidak baik untuk didengari pun dan tidak elegan. Di Alam Buddha – setelah anda keluar dari dunia ini dan pergi ke Alam Buddha – di peringkat Syurga yang paling rendah pun, bermakna Alam Buddha, anda tidak dengar perkataan sebegini sebagaimana yang kita dengar lagi.

Hari ini, dalam filem biasa bagi PG-13 pun, kadangkala anda akan dengar orang gunakan kata-kata makian yang tak begitu elegan. Itu bukan contoh baik bagi kanak-kanak. Tetapi hari ini kita nampaknya di mana-mana saja – malah dlm permainan, dalam filem, di internet – begitu banyak paparan yang langsung tidak baik kpd masyarakat kita terutama kepada anak muda yang sangat mudah terpengaruh – senang untuk belajar apa-apa saja, buruk atau baik. Mereka tak sentiasa dapat membezakan antara apa buruk, apa baik, terutama apabila orang datang kepada mereka dengan kata-kata manis, jenis perangai menggoda dan berpura-pura lemah lembut, baik hati dan tenang. Semua ini helah yang dipelajari untuk menipu kanak-kanak supaya beli barang mereka, buat apa yang mereka mahukan, dan dapat menipu orang dewasa pun, mereka yang mudah terpengaruh.

Jadi seperkara lagi, jika anda ialah ibu dan bapa, awasilah anak anda. Jangan berfikir apa-apa yg anda katakan, mereka tidak dengar. Mereka memang dengar! Jadi anda sentiasa beritahu mereka, “Tidak ambil dadah, tidak bergaul dgn rakan jahat.” Sesiapa ialah rakan, anda perlu tahu. Apa-apa yg mereka buat, anda mesti tahu Apa-apa yang rakan beritahu mereka, anda mesti tahu. Tetapi anda perlu menjadi kawan anak anda. Jika tidak, mereka takkan percayai anda untuk beritahu anda segala-galanya.

Anda beritahu mereka ‘tidak’. Mereka akan memahami itu dan akan menjauhkan diri. Jika anda tak pernah beritahu mereka, “Jangan ambil dadah, jangan minum arak, jangan pergi berfoya-foya pada waktu malam,” maka mereka takkan mengetahuinya. Mereka akan berfikir itu hanya seperti makan. Anda tak beritahu mereka, mereka masih makan. Jadi anda perlu beritahu mereka, “Tidak! Tidak, tidak, ini buruk.” Anda jelaskan kepada mereka bahawa ia boleh berapa buruk,

bukan sahaja sekarang pada zaman muda tetapi juga selepas perkahwinan mereka, contohnya. Minum arak boleh timbulkan kesusahan bagi perkahwinan dan melahirkan anak yang cacat atau tidak sihat, contohnya. Merokok juga memang membawa maut kepada banyak kanak-kanak. Jadi anda perlu beritahu anak anda. Jangan berfikir bahawa mereka tidak dengar. Mungkin mereka tak kata apa-apa pun, tidak nyatakan kepada anda bahawa mereka dengar kata-kata anda tetapi mereka memang dengar! Anda beritahu mereka apa-apa yang baik untuk mereka, mereka akan dengar. Meskipun mungkin mereka tidak berkata dengan jelas, “Oh, terima kasih kerana katakan perkara baik,” namun mereka memikirkannya. Mereka masih muda. Mereka mudah terpengaruh. Mereka dengar apa-apa saja, baik atau buruk. Jadi anda pastikan anda beritahu mereka segala perkara baik. Pastikan mereka hanya belajar perkara baik, sebanyak yang anda boleh, dah tentu, mengawasi mereka. Mereka masih muda. Mereka lebih mudah terpengaruh daripada anda.

Jadi tolong jaga anak anda. Mereka begitu lembut, begitu mudah terpengaruh, begitu senang disesatkan dan bergaul dgn rakan yg memudaratkan. Tolonglah jaga anak anda. Beritahu mereka. Anda perlu beritahu mereka. Rasanya dulu saya telah katakana ini tetapi saya tekankan sekali lagi kerana saya sayangi kanak-kanak, kerana saya faham betapa lemahnya mereka, betapa penurutnya mereka. Mereka baru keluar ke dunia. Mereka tiada banyak pengalaman masyarakat yang penuh dengan keburukan juga, bukan kebaikan saja.

Tetapi mujurlah, hari ini, kita sentiasa ada kebaikan yang dipaparkan di mana-mana saja di internet, dalam filem, di Supreme Master Television kita. Saya juga mencari contoh baik dan pasukan saya buat banyak juga, bersama-sama. Seperti kami menampilkan orang baik. Kami juga ada rancangan yang berjudul ‘Orang Baik, Kerja Baik’. Tetapi kami juga memaparkan orang baik pada bila-bila saja atau kelakuan baik atau perbuatan baik orang-haiwan sepanjang masa di Supreme Master Television kami. Oleh itu, anda boleh galakkan anak anda supaya menyaksikannya supaya ada contoh baik yang tersemat dalam otak muda, minda muda mereka. Apabila dah bersar, mereka akan hidup mengikut itu.

Saya begitu tersentuh. Banyak kali, saya menangis ketika melakukan penyuntingan kerana ada orang di luar yang semuanya begitu penyayang, begitu baik hati. Seseorang berlari ke dalam tasik beku hanya untuk selamatkan orang-anjing, bukan orang-anjingnya pun, dan sekumpulan lelaki, wanita berpegangan tangan supaya dapat masuk ke dalam air yang dalam dengan selamat untuk bawa masuk orang-haiwan. Sesetengah orang-haiwan juga menyelamatkan orang-haiwan lain yang bukan rakan atau ahli keluarga mereka pun. Seperti seorang-anjing pergi menyelamatkan orang-rusa dan bawanya ke tebing. Khususnya banyak orang buat saya menangis apabila mereka pergi ke jalanan untuk memprotes kezaliman terhadap orang-haiwan di rumah sembelih dan minta orang supaya menjadi vegan. Oh, saya lihat wajah mereka – begitu ghairah, begitu ikhlas, begitu benar! Ia buat bulu roma saya meremang sekarang, bercakap tentangnya. Saya menangis juga kerana saya begitu bersyukur atas orang sebegini masih wujud. Bukan sahaja lelaki tetapi juga wanita!

Photo Caption: Damai Bersama, Hidup Berlipat Ganda Cantik!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/20)
1
2024-11-24
7351 Tontonan
2
2024-11-25
3833 Tontonan
3
2024-11-26
3654 Tontonan
4
2024-11-27
3379 Tontonan
5
2024-11-28
3187 Tontonan
6
2024-11-29
3008 Tontonan
7
2024-11-30
3084 Tontonan
8
2024-12-01
3124 Tontonan
9
2024-12-02
3206 Tontonan
10
2024-12-03
2707 Tontonan
11
2024-12-04
2557 Tontonan
12
2024-12-05
2477 Tontonan
13
2024-12-06
2508 Tontonan
14
2024-12-07
2381 Tontonan
15
2024-12-08
2338 Tontonan
16
2024-12-09
2294 Tontonan
17
2024-12-10
2113 Tontonan
18
2024-12-11
2328 Tontonan
19
2024-12-12
2111 Tontonan
20
2024-12-13
2090 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android