Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tiga Kuasa yang Diperlukan bagi Seorang Buddha atau Guru Bermakrifat Penuh, Bahagian 5 daripada 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang kita dalam rentetan bercakap tentang karma. Terdapat juga jenis karma lain yang sama serius, seperti karma menjadi guru spiritual palsu.

Jika seseorang atau kumpulan cuba menghasut peperangan antara negara atau antara kumpulan orang, terdapat tahap-tahap hukuman yang berlainan bagi jenis karma ini. Katakan jika anda cuba menghasut peperangan antara negara anda dengan negara jiran atau negara lain hanya kerana anda merupakan pemimpin, anda bercakap tentang perkara yang menghasut orang lain untuk mahu berperang atau akan berperang, atau anda pergi bercakap secara rahsia dengan kumpulan yang berlainan untuk mengapi-apikan peperangan, seperti kumpulan bersenjata atau kumpulan pembangkang politik yang menentang kumpulan utama, misalnya macam itu. Jika perbuatan sebegini, kata sebegini, tindakan sebegini drpd anda berkembang jadi peperangan sebenar, maka habislah, tiada sesiapa yang dapat bantu anda di neraka tanpa henti.

Hanya bercakap secara provokatif pun supaya negara lain bertindak balas, ingin berperang dengan negara anda, anda sudah habiskan karma baik anda hingga minus... Biar saya lihat, mungkin saya telah catatkannya di sini. Minimum adalah minus 50 zilion mata pahala. Anda tiada sebarang pahala tetapi ada minus 50 zilion. Kemudian anda perlu pergi ke neraka, jenis neraka yg berlainan, dah tentu, tapi mana-mana neraka pun menyeksakan. Anda akan tinggal di neraka selama sangat banyak kalpa, eon. Selepas itu, anda akan menjadi semut api selama banyak kalpa lagi.

Jika anda sendiri cetuskan peperangan sebenar, sebagai pemimpin negara, bawa peperangan kepada negara lain – negara jiran atau negara lain – anda akan menanggung terlalu banyak hutang, terlalu banyak minus mata pahala, jadi anda tak dapat menjadi manusia pun selepas itu, apalagi menjadi pemimpin lagi. Maka anda akan berada di neraka selama sekurang-kurangnya sembilan gazilion trilion kalpa. Itu sekurang-kurangnya, kalpa minimum bagi pencetus peperangan. Menghasut peperangan sudah pun menyusahkan. Begitu banyak penderitaan, masa yang tidak berhujung bagi anda, apalagi cetuskan peperangan, memimpin rakyat berperang, menderita bersama negara lain.

Karma perang yang paling kurang adalah semasa anda mengugut akan berperang, mengintip negara jiran dengan perisian intip dalam serangan siber hari ini yang menimbulkan ketakutan dan sakit psikologi yang akibatkan kesakitan, malah pada badan, kepada penduduk negara itu. Karma berkaitan juga akan bawa mereka yang bertanggungjawab secara langsung atau tak langsung ke neraka yang menggerunkan walaupun dengan tahap hukuman yang kurang. Sebab itulah saya bekerja keras sekali untuk cuba menyedarkan anda, roh dikasihi yang kesian!

Ini, anda hanya boleh gelengkan kepala. Guru hanya boleh gelengkan kepala. Mereka tak berdaya nak bantu anda. Mereka tak dapat bantu anda meskipun Mereka rasa begitu sakit dan menitiskan air mata untuk anda. Mereka tak dapat buat apa-apa jika anda tidak berpatah balik, bertaubat, memohon Ampun Tuhan. Maka Tuhan pun tak dapat bantu anda!

Selepas itu, selama berkalpa-kalpa dalam api neraka tanpa henti, jika mereka berpeluang untuk dilahirkan semula, maka bukan sebagai manusia tetapi mungkin sebagai banyak makhluk kelas rendah yang berlainan. Contohnya, dilahirkan semula sebagai cacing, dipatuk, dikoyakkan, dimakan selama sangat banyak kalpa lagi. Itu nasib orang yang cetuskan peperangan, atau orang lain yang menyokong mereka untuk cetuskan peperangan ini bersama. Mereka takkan berkesudahan baik. Mereka takkan hidup dengan baik, takkan berkesudahan baik dan takkan mati dengan baik. Selepas mati, roh mereka masih tidak baik, dihukum selama-lamanya macam itu. Saya hanya berkata secara umum, seperti neraka api bernyala besar atau neraka api tetapi di dalamnya ada makhluk syaitan yang akan beri kesakitan tambahan kpd anda seperti serampang untuk menikam anda atau memotong lidah anda dan memotong tangan anda, jari anda, jari kaki anda secara berulangan sementara membakar. Ada kesakitan dan penderitaan luar biasa bagi orang yang berperang, orang yang suka berperang, orang yang gemar berperang atau orang yang cetuskan peperangan.

Bagi mana-mana orang atau kumpulan yang cuba dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan untuk bawa keamanan kepada negara sendiri atau negara-negara yang berlainan, pahala mereka memang sangat besar – anda tak dapat bayangkan. Dalam agama Buddha, ada dikatakan bahawa jika anda selamatkan nyawa satu orang, pahala anda sama dengan bina tokong besar. Tokong adalah untuk Buddha, biksu, sangha dan ajaran Buddha, Ajaran Sebenar. Membina tokong seperti itu juga beri manfaat kepada penganut, maka pahala orang itu memang tidak terhingga.

Jadi bayangkan jika anda selamatkan nyawa banyak orang dengan hentikan peperangan dan berdamai, maka berapa banyak lagi pahala yang akan anda dapat. Dgn kasih sayang dan keikhlasan anda, anda akan pergi terus ke Syurga jika anda suka berdamai – tak nak menghasut peperangan, cetuskan peperangan atau ingin hentikan hasutan perang atau tidak bermegah selepas menang dalam peperangan.

Saya sendiri akan ucapkan tahniah kepada orang macam ini, memuji mrk di dalam atau di luar, atau berdoa utk mereka di dalam atau di luar serta ada rasa hormat dan kasih sayang yang mendalam terhadap wakil perdamaian, kasih sayang dan belas kasihan, dengan Nama Tuhan. Semoga Tuhan mengurniai mereka segalanya yang mereka wajar dapat, malah melimpah kepada semua saudara, ahli keluarga dan rakan mereka. Amin. Om Shanti, Shanti, Shanti, Om.

Ahli politik seperti presiden, perdana menteri, contohnya, untuk mendapat sokongan yg lebih besar daripada rakyat atau lebih banyak perbaikan kewangan, atau hanya untuk lebih banyak kemasyhuran dalam apa-apa saja, hanya untuk untung diri sendiri, mereka langsung tak berfikir bahawa apa yang mereka buat akan akibatkan apa-apa hukuman yang menyakitkan di neraka. Mereka terlupa. Mereka tidak percaya bahawa neraka dan Syurga wujud. Mereka ada baca kisah di sana sini tentangnya tetapi tidak percayainya. Sebab itulah mereka terus melakukan perkara macam ini dan tidak risau tentang neraka menanti mereka.

Setiap kali saya lihat perkara sebegini dalam arena politik, saya rasa begitu sakit hati, berfikir bagaimana mereka akan perlu begitu banyak terseksa, menderita untuk masa yang tidak terhad. Kadangkala saya tak tahan hidup di dunia ini, memikirkan orang lain, cara mereka bertindak, cara mereka jalani kehidupan seperti tiada hari esok. Bagi mereka, Syurga dan neraka hanyalah kata-kata saja. Mereka mengambil ringan apa yang diajarkan oleh Guru masa dahulu dan apa yang diajarkan oleh Guru moden. Mereka tak pedulikan apa-apa pun asalkan mereka dapat memenuhi ketamakan mereka. Jadi mereka malah menerima rasuah. Mereka malah berbuat jahat. Mereka mengikut jalan gelap untuk mengukuhkan kedudukan mereka, kuasa mereka, kekayaan mereka, tidak kira apa yang orang lain beritahu mereka atau apa yang Guru beritahu mereka. Orang-orang ini lebih kesian daripada apa-apa yang lain yang boleh anda fikirkan.

Begitu juga dengan guru spiritual palsu. Mereka hanya mahukan kemasyhuran, untung dan keuntungan, dan aniayai orang lain terang-terangan tanpa risau tentang neraka. Meskipun anda ialah orang bawahan maya atau syaitan, anda tetap perlu pergi ke neraka dan langsaikan hutang selama-lamanya. Bukanlah anda ialah syaitan, kemudian terlepas daripada apa yang anda buat – berpura-pura sebagai guru spiritual padahal anda bukan, memberitahu orang bahawa anda ialah Buddha atau buat orang percayai itu padahal anda bukan. Banyak orang mudah terpengaruh. Sangat banyak orang. Kita boleh kata majoriti orang mudah terpengaruh. Adalah senang untuk mendakwa diri sebagai guru spiritual, Buddha dan sebagainya dan mereka dengar kata-kata anda. Jika mereka kaya, mereka berikan tawaran wang kpd anda. Jika mereka lemah dan mudah diserang, anda malah boleh memperkosa mereka, aniayai mereka dengan sebarang cara. Mereka tiada tempat utk pergi beritahu bagi membuat apa-apa terhadap anda. Hanya hancur hati kerana mereka ingat anda ialah Buddha sebenar sehingga anda lakukan semua itu, memaksakan diri anda ke dalam kehidupan peribadi mereka, menyalahgunakan kepercayaan mereka, menyalahgunakan wang mereka, menyalahgunakan badan dan kepercayaan spiritual mereka dan segala-galanya seperti itu.

Saya tak dapat rasa bersimpati dengan ‘guru spiritual’ macam ini. Saya rasa bersimpati dengan pemimpin, pemimpin negara yang jahil, tetapi ‘guru spiritual’ ini, saya langsung tak rasa bersimpati. Mereka tiada apa-apa pun utk diberikan. Mereka ambil segalanya yang boleh.

Photo Caption: Adalah Menyeronokkan Menjadi Sebahagian daripada Hidup

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android