Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bagaimana kita hentikan peperangan? Ia berhenti hanya apabila kita semua menyumbang kpd keamanan dalam perbuatan, pertuturan dan fikiran kita. Dah tentu, kita juga perlu menasihati kerajaan bahawa keamanan ialah satu-satunya perkara yang kita mahukan dan kita langsung tak mahukan peperangan. Kerana dalam lubuk hati kita, hati semua orang, semua orang hanya suka akan keamanan supaya mereka boleh pergi ke sana sini untuk berniaga, suami akan berada di rumah untuk kasihi isterinya dan bapa akan berada di sisi anak. Saya tak tahu mengapa kita memikirkan peperangan. Kerana daripada segalanya yang kita tahu sejak zaman dahulu kala, peperangan tak bawa banyak kegembiraan atau apa-apa yang baik kepada manusia. Jadi kita harus belajar daripada sejarah dan tak harus mulakan peperangan walau apa pun.