Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Sentiasa Rendah Diri, Bahagian 2 daripada 2

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sentiasa rendah diri. Jangan ingat kamu ada pahala yang tak terukur hanya dengan duduk bersila. Tak semestinya! Dah sangat baik jika kamu dapat melepasi Tiga Alam. Belum kata lagi pahala, Peringkat Kelima, Keenam, Ketujuh atau Kelapan. Lebih rendah diri. Kamu masih perlu sentiasa berdoa kepada Guru di sepuluh arah, Guru masa silam, sekarang dan masa depan agar bantu kamu capai kemajuan dengan cepat. Kamu masih perlu bantu sesiapa saja yang perlukan bantuan. Bantu orang lain adalah sama dengan bantu diri sendiri. Jangan begitu megah diri dan kata, “Wau! Saya bawa orang tak berumah balik untuk ‘menjaga’ mereka. Saya pasti ada pahala tak terukur.” ‘Pahala tak terukur’ adalah apa yang saya kata dan saya harap kamu akan peroleh. Tetapi tak semestinya, bergantunglah. Ia bergantung kepada berapa ikhlas dan rendah dirinya kamu. Sentiasa rendah diri.

Pada bila-bila pun, jangan fikir kita dah hebat sangat. Itu bagaimana kita boleh meningkat maju. Ego ialah halangan terbesar. Terutamanya kaum wanita, kamu harus berhati-hati. Kamu telah biasa mengawal suami dan anak di rumah. Mereka semua dengar kata-katamu. Jangan angkuh disebabkan ini. Jika suami memanjakan kamu, itu tuah kamu. Kamu harus berterima kasih kepada Syurga dan Bumi. Jika anakmu patuh, itu juga tuah kamu. Jika kita sihat, cantik dan muda, itu juga tuah kita. Kita harus bersyukur kepada Tuhan. Berterima kasih kpd Syurga dan Buddha.

Jangan angkuh dan berfikir, “Wau, aku beramal dengan baik! Sebab itulah begitu baik.” Tak semestinya. Pada zaman ini, pengamal spiritual sejati jarang dijumpai. Bukanlah mereka tak nak beramal. Mereka nak beramal tetapi keliru. Mereka telah diracun untuk masa yang terlalu panjang. Mereka telah dibasuh otak hayat demi hayat, jadi sukar bagi mereka jalankan amalan spiritual. Tambahan pula, pada zaman ini, mereka juga perlu lebih banyak bekerja. Contohnya orang itu. Dulu dia seorang pemandu tetapi kehilangan pekerjaan hanya kerana sebelah matanya ada masalah. Tanpa pekerjaan, ahli keluarganya pun tak dapat menyaranya. Mereka tinggal di tempat terpencil di mana sukar nak mencari rezeki. Tiada pekerjaan. Pindah ke tempat lain lagi susah. Kita boleh pindah ke mana? Mereka hanya ada tempat itu. Jadi tak begitu senang pada zaman ini.

Lagi majunya teknologi lagi sukar bagi kita jalankan amalan spiritual. Ini kerana kita perlu mencari banyak wang untuk mengikuti jiran, nikmati tahap kehidupan selesa yang sama. Kita mesti ada penyaman udara, kereta, kipas elektrik, peti sejuk dan banyak benda lagi. Semua ini memerlukan wang. Supaya berduit, kamu perlu bekerja. Lagi banyak benda yang kamu mahukan lagi banyak wang yang kamu perlukan. Jika kamu mahukan lebih banyak wang, kamu perlu bekerja lebih lama. Lagi panjang masa kamu bekerja lagi letihnya badanmu, lagi kelirunya fikiranmu. Kesannya, bukan senang bagi kamu bertumpu pada amalan spiritual.

Jadi pada zaman ini, kita hanya boleh bergantung pada Tuhan dan Buddha untuk berkati dan bantu kita. Kita tak boleh terlalu banyak bergantung pada diri sendiri. Dah tentu, kita cuba sebaik yang boleh tetapi tak kira berapa banyak kita cuba, tiada apa-apa yang nak rasa angkuh.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/2)
1
2019-09-05
5156 Tontonan
2
2019-09-06
4686 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android