Trần Tâm gunakan banyak nama untuk lepaskan diri drpd undang-undang, berniaga atau gunakan gambar ibu bapanya pada makanan dalam tin untuk menipu orang. MAKANANNYA BUKAN VEGAN! Jangan belinya, jangan makannya!Senarai nama samaran Trần Tâm: Saint John Trấn Văng Tâm guru Trần Tâm Trần Út Huỳnh Long Trần Đăng Tâm Tom Trần guru Ruma Rumaji Dan lain-lain…
Atau ‘Tom Thơm’ atau apa itu? Saya dah lupa. Saya tak nak ingat akan semua ini. Bercakap tentang itu pun buat saya rasa mual dan lebih banyak batuk. Perkara buruk juga boleh mempengaruhi kita sikit, atau banyak, bergantunglah.Trần Tâm, dilahirkan pada 22 Oktober 1972 Pemegang pasport Amerika, nama sah di Amerika ditukar kepada John Saint. Namun, dia melarikan diri dari Amerika disebabkan oleh sabitan. Kes mahkamah terhadap Trần Tâm dan saudaranya, Peter Saint, berkaitan mereka memalsukan surat ikatan hartanah bagi ashram mereka di Florida. Mereka kalah dalam perbicaraan dan terpaksa memulangkan surat ikatan kepada pemilik asal. Menurut dokumen mahkamah, Peter Saint ialah saudara Trần Tâm. Trần Tâm dan bekas isterinya bercerai pada 2007. Daripada rekod mahkamah, kita dapat lihat perceraiannya tersenarai. Ia juga menunjukkan bahawa mereka menukar nama anaknya pada 2004. Terdapat juga beberapa pelanggaran peraturan trafik dan dua perampasan hartanahnya, bermakna bank merampas hartanahnya kerana tidak membayar. Kami juga jumpai dokumen mahkamah yang nyatakan bahawa Trần Tâm gagal membayar nafkah anak kepada bekas isterinya. Terdapat juga rekod petisyen mahkamah bekas isterinya untuk berpindah bersama anak. Jadi mungkin hubungan mereka dengan Trần Tâm tidak baik.
Kemudian dia curi reka bentuk saya, buat barangan kemas palsu dan jual pada harga yang amat tinggi; curi puisi saya dan memutarbelitkannya untuk untungnya, berkata bahawa dia ialah pengganti saya. Semua itu tidak benar. Anda tahu akan puisi saya sekarang meskipun anda tak tahu sebelumnya. Dalam bahasa Inggeris yang asal, tiada apa-apa ‘trần tâm’ di dalamnya. Saya tidak tahu akan dia pada masa itu, mungkin dia belum dilahirkan pun ketika saya menulis puisi itu kepada bekas tunang saya, Dr. Jochen K. ‘K’ hanyalah nama singkat. Saya tak nak sebut namanya, dah tentu.Syaitan Trần Tâm yang memualkan ini berpura-pura sebagai pengganti saya tetapi buat segalanya yang jahat, bertentangan sepenuhnya dengan Ajaran saya dan Ajaran semua Guru. Mana boleh sesetengah orang masih mempercayai dia? Mana boleh sesetengah kerajaan masih tidak buat banyak utk hentikannya drpd mudaratkan orang dari segi fizikal, mental dan rohani!! Sebabnya dia (Trần Tâm) ada banyak nama adalah kerana dia ada masalah dengan undang-undang di negara-negara yang berlainan seperti di Amerika, Âu Lạc (Vietnam), malah Laos, dia dilarang masuki negara itu. Syukurlah, orang Laos begitu bijak, disebabkan itu. Dia tak dapat memudaratkan negara beragama Buddha ini lagi, sekurang-kurangnya kurang daripada sebelumnya kerana dia masih hantar geng jahatnya ke sana untuk sebarkan kuasa gelap bagi menggoda orang ke arah yang bertentangan dengan Dharma sebenar Buddha.Negara yang begitu kecil dan tidak ketat sangat. Jika dia memakai jubah kuning biksu, mereka akan hormati dia. Tetapi di negara itu pun, dia dilarang kerana merogol biksu. Itu sebabnya. Tetapi begitu pun, tanpa rasa hormat kpd moral atau undang-undang negara, dia terus mengaburkan orang, cuba mendapatkan lebih banyak ke dalam cengkamannya supaya dia dapat terus merogol sesiapa saja yang disukainya kerana perkara macam ini sukar nak cari bukti yang boleh menyabitkan dia. Kemudian lagi banyak orang masuk lagi banyak peluang yang dia ada untuk melakukan perbuatan jahat, kotor macam ini. Dia boleh mencuri benda juga. Contohnya, dia mencuri gaya saya, reka bentuk saya, cara mengajar saya dan bubuh namanya pada itu. Apa-apa yang boleh dia curi drpd saya, dia curi.Kemudian dia teruskan macam itu untuk memperdaya orang yang mudah terpengaruh dan tak tahu apa-apa supaya masuk ke dalam cengkamannya agar dia boleh memperkosa mereka, malah memperkosa kanak-kanak seperti yang dilakukannya sebelumnya – sekurang-kurangnya 50 daripada mereka. Tetapi ada lebih banyak lagi mangsa yang tidak menampilkan diri. Sekarang pun, sesetengah orang tak nak menampilkan diri juga kerana takut akan sumpahnya atau sendiri berasa malu. Kebanyakan orang tak suka kisahkan hal yang begitu buruk, kotor. Tetapi jika dia ada lebih banyak orang, maka dia boleh curi, boleh ambil wang daripada mereka, mengugut mereka dengan sumpah supaya mereka terpaksa menawarkan wang kepada dia, malah menjual rumah, seperti yang anda dah tahu daripada pengakuan dan testimoni sebelumnya dalam Berita Selitan sebelumnya.Excerpt from a heartline from Ngọc Hạnh in Âu Lạc (Vietnam): Mahaguru Ching Hai yang dikasihi, Saya sentiasa berterima kasih kpd Guru kerana menerima saya sebagai anak murid Guru. Saya mengikut Trần Tâm selama lapan tahun dan ingin berkongsi maklumat untuk memberi amaran kepada mereka yang mengikut atau menyokong dia. Dulu saya pergi ke pusat meditasi Trần Tâm untuk berikan bantuan dan dapati bahawa pada luaran, dia kelihatan sangat mulia, seperti seorang guru yang baik. Namun, pada suatu hari, saya dengar seorang anak murid rapat Trần Tâm mengisahkan bahawa dia lakukan serangan seksual terhdp anak muridnya. Pada mulanya, saya skeptikal kerana saya hormati dia seperti Buddha Hidup. Saya hancur hati dan menangis selama seminggu kerana ini terlalu mengejutkan. Saya berdoa kepada Kuasa Tinggi untuk mengetahui kebenaran. Kemudian saya bertemu dengan pengurus pusat meditasi Trần Tâm di Laos dan seorang bekas biksu rapatnya. Kedua-duanya mengesahkan bahawa maklumat ini tepat. Bekas biksu ini sendiri merupakan mangsa juga. Trần Tâm lakukan serangan seksual terhdp anak murid lelaki dan perempuan tetapi kebanyakannya lelaki. Suatu kali dia malah lakukan serangan seksual terhadap seorang remaja lelaki di Amerika dan menipu ibu remaja itu, buatnya percayai bahawa remaja itu ada karma buruk dan perlu tinggal di pusat meditasinya. Ibu remaja itu mendakwa dia tetapi hal ini didiamkan. Saya tahu lebih 50 orang mangsa diserang secara seksual oleh dia.Testimony by a former follower of Ruma Trần Tâm, Aug. 1, 2024: Dulu saya pengikut Trần Tâm. Saya terlibat secara langsung dalam hal dalaman seperti perbelanjaan hidup, makanan dan beli-belah. Oleh itu, saya tahu segalanya tentang personaliti dan gaya hidupnya. Saya beransur sedar bahawa banyak perbuatannya tidak betul, seperti ambil wang daripada pemeditasi. Sesetengah drpd mereka malah perlu menjual rumah untuk membuat tawaran kerana takut akan sumpahnya. Ada pemeditasi lelaki yg tinggalkan sana dan melaporkan dia kerana ganggu mereka secara seksual semasa mengambil bahagian dalam kumpulan. Banyak orang dianiayai macam ini. Dia malah menulis surat yang mengugut dan menyumpah bahawa seluruh keluarga mrk akan jatuh sakit atau mati jika mereka tidak kembali. Orang kanannya yang menggelar diri sebagai pelindung dharma dan biksunya bebas memungut wang daripada pemeditasi untuk dia, malah masukkannya ke dalam kocek sendiri. Sewaktu bersuluk, makanan dijual dengan harga yang sangat tinggi, malah 20 kali lebih tinggi daripada kos sebenar kerana dia mendakwa bahawa ia ada kuasa berkat. Contohnya, dia jual sebiji buah ciku yang ditanamnya sendiri pada harga AS$100, sebiji pankek pada harga 500,000 VND (Dong Vietnam ~ AS$20), sepinggan nasi pada harga 1 juta VND (AS$40) dan banyak item terlebih harga serupa yang lain.
Saya sendiri juga tak suka bercakap tentang ini kerana dahsyatnya ini. Hanya memikirkannya pun menjatuhkan maruah. Tetapi saya beritahu orang dan beritahunya sekali lagi hari ini supaya sesiapa yang ada telinga utk dengar boleh cuba elakkan orang itu agar dia tidak habis menghisap wang anda, harta benda anda, malah tenaga hidup anda, untuk menawarkan hidup anda, tenaga hidup anda kepada geng maya supaya dia boleh terus menggunakan kuasa gelap untuk wujud dan menyihiri orang.Jangan ingat bahawa maya, syaitan atau hantu tiada kuasa sihir. Mereka memang ada, dah tentu. Di Âu Lạc (Vietnam), kami kata ‘Phật cao một thước, ma cao một trượng.’ Biar saya jelaskan. ‘Phật cao một thước, ma cao một trượng’ bermaksud maya lagi tinggi daripada Buddha. Bukan kerana mereka ada lebih banyak kuasa tetapi kerana mereka tiada kasih sayang. Mereka ada banyak kuasa dan berikannya kepada orang bawahan juga. Sebab itulah mereka terus bawa kekacauan ke dalam hidup kita, kepada dunia kita.Photo Caption: Tiada Apa-apa yang Dapat Menghalang Cahaya Sebenar