Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kita Semua Bertanggungjawab untuk Melindungi Diri Sendiri dan Orang Lain, Bahagian 4 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Orang tak menghargai kebebasan. Kebebasan perlu ada hadnya juga. Kebebasan perlu bersama dengan tanggungjawab dan standard moral. Kita tak boleh keluar, menjangkiti orang lain dengan tak memakai pelitup muka. Kerana kita tak tahu sama ada kita sakit atau tidak.

Kita semua tahu bahawa daging menelan banyak wang pembayar cukai setiap tahun, setiap saat atau setiap minit. Semua orang bekerja keras sekali, kemudian perlu bayar cukai, kemudian gunakannya untuk apa? Untuk pesakit. Apa yang buat mereka sakit? Daging hasil tenusu, ikan, telur, apa-apa saja yang berkaitan dengan haiwan hidup yang bernafas, kesian, tak berupaya mempertahankan diri. Itu apa yang buat mereka sakit kerana itu makanan yang tak betul bagi mereka dan secara saintifik sudah terbukti. Jadi tiada orang yang berhak berkata bahawa mereka tak tahu, tak faham. Kamu semua, kebanyakannya, orang terpelajar terutamanya mereka dalam jabatan kerajaan. Kamu harus tahu semua ini. Kamu harus tahu apa baik untuk rakyat. Jika kamu tak tahu, maka kamu tak wajar berada dalam sistem kerajaan. Kamu harus keluar! Orang lain yang lebih baik daripada kamu akan menggantikan kamu. Itu paling baik untuk dunia dan warga dunia. Tiada alasan lagi.

Sebagai pemimpin negara atau badan kerajaan, kamu harus mengetahui segalanya yang baik atau buruk untuk rakyat dan memutuskannya untuk mereka. Itu maksud pemimpin. Pemimpin bermakna kamu membuat rancangan dan orang lain ikut kerana kamu ialah pemimpin! Jika tidak, kamu tidak wajar memegang jawatan itu dan harus bersara, balik ke rumah, buat apa-apa saja yang kamu mahu. Terus makan daging, buat dirimu sakit. Tapi tak perlu buat orang sakit bersama kamu.

Pemimpin seperti presiden, perdana menteri, permaisuri, raja, putera, puteri bukanlah suatu pekerjaan. Itu bukan suatu pekerjaan. Itu suatu misi yang diamanahkan. Itu memang suatu urusan mulia untuk bantu dengan sedaya upaya di bawah kepimpinan kamu. Jika tidak, ini tak bererti jika kamu duduk di kerusi kepimpinan tapi tak buat apa pun yg benar-benar perlu atau penting untuk rakyat dan/atau dunia. Kalau begitu, kamu gagal melaksanakan misimu. Kamu harus letak jawatan dan balik, buat apa-apa saja perkara kecil yang kamu nak buat, hanya untuk diri sendiri, untuk keseronokan kamu sendiri dan bukan duduk di kerusi kepimpinan hanya utk mendapat kemasyhuran, pujian dan wang. Ini memang menjatuhkan maruah kamu, maklumlah. Pemimpin, kamu bertanggungjawab untuk menjaga rakyat yg percayai kamu. Kemudian Syurga akan berkati kamu dan kamu dapat buat lebih banyak secara berterusan jika kamu buat apa yang betul.

Sebenarnya jika orang mendengar nasihat... Seperti jika kamu keluar, saya nasihati kamu memakai pelitup muka. (Ya, Guru.) Kamu memakai penutup mulut (Ya.) atau gogal, penutup mulut dan pelitup muka, kemudian topi dan baju luar yang melindungi seluruh badanmu. (Ya.) Melindungi sebanyak yang boleh, tak sentuh mukamu sebelum cuci tangan di rumah, dan selepas balik ke rumah, kamu bersihkan dan cuci pakaian... Orang boleh keluar, boleh terus bekerja. Mereka tak benar-benar perlu disekat keluar masuk. (Ya, Guru.) Kerana sekat keluar masuk adalah memuramkan bagi semua orang. (Ya.)

Untuk kanak-kanak, mengapa mereka tak buat pakaian baru? Seperti pakaian untuk angkasawan. Atau pakaian yang dipakai oleh jururawat dan doktor di bilik bedah intensif, berjangkit. (Ya, Guru.) Mereka menutup kepala hingga ke bawah leher, hingga ke bahu, kemudian di depan, mereka ada pelitup lut sinar. (Ya, Guru.) Kalau begitu, mereka tak perlu pakai penutup mulut pun. Kamu ada lihat gambar ini atau tidak? (Ya, Guru.) (Kami ada lihat.) Mereka memakai seperti hud (Ya.) dengan bahan lut sinar di depan, seperti kaca atau plastik, lut sinar. (Ya.) Tapi segalanya yang lain, kepala dan bahu, semuanya ditutup. Mereka memakai pakaian tutup. Mereka memakai sarung tangan pembedahan, sarung kaki dan kasut di bawah. (Ya.) Sama seperti orang, kadangkala mereka perlu masuk ke dalam makmal untuk bekerja. (Ya.) Macam itu. Kemudian mereka boleh. Tapi itu tak selesa. Saya tak tahu sama ada mereka boleh tahan lama.

Mereka perlu ada sistem pengudaraan supaya orang tak rasa terlalu panas di dalam atau mereka perlu buat sesuatu bahan supaya berudara. Tidak panas. Mereka hanya memakai itu dan hud. Maka mereka boleh pergi bekerja di mana-mana pun. Lebih baik drpd sekat orang keluar masuk. (Ya, Guru.) Memakai itu bagi kanak-kanak juga supaya mereka boleh pergi ke sekolah. Mereka perlu ada lebih banyak kod pakaian untuk orang supaya mereka boleh keluar dan menjalani kehidupan mereka. (Ya, Guru.) Sebenarnya jika kita tak berinteraksi dengan banyak orang, kita hanya memakai baju luar yang menutup leher kita pun, kemudian memakai penutup mulut, menutup hidung, kemudian memakai topi untuk menutup sebanyak bahagian rambut kita dan sebahagian daripada kepala kita, jika boleh, telinga kita, kemudian kasut, sarung kaki, baju berlengan panjang dan sarung tangan... kemudian kita boleh keluar. Maksud saya, membeli-belah, buat kerja, memandu untuk orang tua atau seseorang yang perlu dibawa dgn kereta.

Jadi tak perlu sentiasa disekat keluar masuk sepenuhnya macam itu. Tapi hanya jika orang benar-benar mematuhi peraturan dan prinsip perlindungan untuk diri sendiri dan orang lain. Itu satu-satunya masalah kerana sesetengah orang tak mematuhinya. Sebab itulah kerajaan barangkali perlu sekat mereka semua keluar masuk. Kerana mereka takkan tahu siapa akan keluar dengan atau tanpa penutup mulut, dengan atau tanpa segala perlindungan menyeluruh. Itu sebabnya. Jadi sebenarnya ini tanggungjawab orang juga. Bukan hanya kerajaan yang harus disalahkan. Jadi lihatlah, kesedaran orang masih sangat rendah. Sesetengah daripada mereka masih sangat kasar, pergi memprotes kewajipan memakai penutup mulut. Ya Tuhan! Mengapa mereka buat begitu?

Doktor di hospital dan jururawat, sesetengah drpd mereka pakai penutup mulut selama banyak jam. Jika mereka ada pemdedahan yg panjang, mereka memakai macam selama-lamanya. Dan doktor gigi memakainya sepanjang masa kerana perlu bekerja dengan sarung tangan dan penutup mulut untuk merawat pesakit. Saya tak tahu mengapa orang bersikap begitu tidak wajar, memang. Ini saya perlu kata.

Saya suka seperti di Ethiopia: Jika kita tak memakai penutup mulut di tempat awam, kita akan dipenjarakan selama dua tahun dan mungkin didenda juga. Kita perlukan pemimpin yang tegas macam itu untuk apa-apa saja yang baik untuk umat manusia. Saya memuji perdana menteri dan kerajaan Ethiopia. Ethiopia! Negara sebegini tetapi ada kepimpinan yang tegas macam itu. Saya memang sangat suka akannya. Mungkin negara-negara lain harus ikut untuk melindungi orang tak berdosa, orang yang mematuhi undang-undang, orang yang melindungi diri sendiri dan orang lain. Kerana ada orang yang lemah di luar seperti orang tua yang mudah mati akibat jangkitan wabak sebegini atau wanita hamil atau orang yang sudah sakit. Mereka akan mudah mengalami jangkitan ini. Dan kanak-kanak pada usia yang muda sewaktu sistem imun mereka belum lagi berkembang sepenuhnya. Jadi orang-orang yang tak melindungi diri sendiri dan orang lain ini, memang baik biar mereka ‘bercuti’ selama dua tahun. Saya bersetuju dengan itu. Walaupun ini tak kedengaran macam begitu kononnya demokratik, namun demokrasi ada hadnya.

Orang tak menghargai kebebasan. Kebebasan perlu ada hadnya juga. Kebebasan perlu bersama dengan tanggungjawab dan standard moral. Kita tak boleh keluar, menjangkiti orang lain dengan tak memakai pelitup muka. Kerana kita tak tahu sama ada kita sakit atau tidak. Bukan semua orang menjalani ujian. Meskipun kita menjalani ujian, orang lain mungkin tidak menjalani ujian dan mereka seperti pesakit asimptomatik yang tiada orang nampak pun atau mereka sendiri tak tahu pun.

Jadi apa yang tak kena dengan hanya memakai pelitup muka kecil? Ia tak memudaratkan kita tapi akan mudaratkan kita dan orang lain jika kita tak memakainya! Jadi saya harap dapat lihat lebih banyak kepimpinan yang tegas di dunia. Tak seperti orang bertulang belakang spageti yang duduk di atas sana, menunjuk jari, mengarah tetapi tak buat banyak! Saya tidak menghormati pemimpin sebegini. Maaf. Jadi mereka harus bangkit dan buat sesuatu. Tunjukkan diri seperti lelaki sejati atau wanita sejati, pemimpin sejati. Jika tidak, balik saja!

Fikirkannya. Kita tak boleh buat apa saja yang kita mahu pada waktu yg begitu susah di planet kita. Kita dah ada bencana di merata tempat, menelan berbilion-bilion, bertrilion-trilion dolar di dunia. Kemudian jika kita menjangkiti orang lain atau tak melindungi diri sendiri dan dijangkiti, kita akan sakit. Kita akan menjadi beban kepada masyarakat juga. Hospital sudah penuh dengan pesakit, lebih drpd penuh, lebih daripada kapasitinya. Banyak doktor, jururawat, kakitangan hospital sudah mati demi kita! Jadi jika kerajaan Ethiopia atau mana-mana kerajaan yang lain memenjarakan jenis orang yang tak bertanggungjawab ini, saya takkan mengerdipkan mata, memang.

Kerana kita semua bertanggungjawab untuk melindungi diri sendiri dan orang lain. (Ya, Guru.) Itu akan menelan berbilion-bilion, bertrilion-trilion dolar untuk menjaga pesakit wabak. Kemudian ekonomi runtuh dan sebagainya. Jadi kita tak berhak untuk buatnya lebih teruk untuk negara kita atau mana-mana negara yang lain apabila kita pergi ke luar negara juga. apabila kita pergi ke luar negara juga. (Ya.) Hanya pakai penutup mulut dan pelitup muka juga. Tak banyak kosnya. Kita boleh sendiri buatnya juga. Saya dah tunjukkan caranya di TV. Kamu boleh sendiri membuatnya. Ini keterlaluan bagi kamu? Maka apa lagi yang boleh kamu buat untuk dunia? Kamu tak perlu buat apa-apa pun, hanya pakai penutup mulut dan pelitup muka untuk melindungi diri sendiri dan orang lain. Itu saja yang perlu kamu buat. Tak banyak kosnya. Tak mengambil banyak masa juga. Semua orang boleh buat begitu untuk melindungi orang tua, wanita lemah, pesakit yang sudah lemah dan kanak-kanak. Saya tak nak memperhalus kata-kata saya bagi jenis orang ini.

Dalam jangka masa panjang, sekat keluar masuk sangat banyak menjejaskan ekonomi negara, ekonomi dunia juga, bukan sahaja kesihatan mental dan kesejahteraan psikologi orang. Jadi sekat keluar masuk jangka panjang tak boleh dilaksanakan. (Ya, Guru.) Jika orang melengkapkan diri, menutup diri dan melindungi diri, maka mereka harus keluar seperti biasa kecuali perlu menutup diri seperti yang telah saya katakan. Maka mereka takkan apa-apa. Meskipun mereka dijangkiti dengan sangat sedikit, badan dapat melawan atau kita dapat sembuhkan mereka dgn cepat. Sesiapa yang tak bersetuju dengan peraturan yang sangat mudah ini... semua orang dapat melakukannya! Tak memudaratkan. Apa-apa pun! Tak memudaratkan kita. Jika kita pakai penutup mulut, pelitup muka, topi dan penutup badan. Biasanya kita dah pun perlu memakai pakaian untuk keluar bagi menutup diri. Kemudian hanya topi tambahan, penutup muka atau pelitup muka... Apa yang tak kena dengan itu? Lihatlah, doktor memakai sarung tangan, baju luar pelindung, topi, penutup mulut dan segala jenis kelengkapan yang perlu dipakai oleh mereka. Kadangkala sepanjang hari. Jadi jika kita memakainya sewaktu keluar untuk seketika dan balik ke rumah, bebas, saya rasa semua orang bertanggungjawab untuk buat begitu, bekerjasama dengan kerajaan untuk melindungi diri sendiri dan orang lain. Tiada sebarang alasan. (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-26
436 Tontonan
2024-12-26
4452 Tontonan
2024-12-25
2198 Tontonan
2024-12-25
1250 Tontonan
2024-12-25
1066 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android