Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kita Semua Bertanggungjawab untuk Melindungi Diri Sendiri dan Orang Lain, Bahagian 5 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kerana orang yang tak memakai alat pelindung mungkin dijangkiti, kemudian menelan banyak wang bagi kerajaan dan masyarakat serta menyebabkan banyak kesakitan dan penderitaan kepada saudara-mara, kawan dan ahli keluarga juga. Jadi mereka tidak baik. Mereka boleh diklasifikasikan sebagai penjenayah! Saya maksudkannya.

Saya rasa semua kerajaan harus mengaplikasikan undang-undang yg ketat seperti di Ethiopia untuk melindungi orang tak berdosa, kanak-kanak, wanita lemah, orang lemah, orang tua yang lebih mudah dijangkiti daripada orang lain. Kerana orang yang tak memakai alat pelindung mungkin dijangkiti, kemudian menelan banyak wang bagi kerajaan dan masyarakat serta menyebabkan banyak kesakitan dan penderitaan kepada saudara-mara, kawan dan ahli keluarga juga. Jadi mereka tidak baik. Mereka boleh diklasifikasikan sebagai penjenayah! Saya maksudkannya.

“Bilangan kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia telah melebihi 40 juta tetapi pakar berkata bahawa itu hanya sebahagian kecil daripada impak pandemik yang sebenar. (FOX News, 19 Oktober 2020)

COVID-19

Kes Global: Rasmi - 50.5 juta kes Tidak rasmi - 780 juta kes (atau 10% daripada populasi dunia)

Kematian Global: Rasmi - 1.26 juta kematian Tidak rasmi - 3.9 juta hingga 7.8 juta kematian

Banyak doktor, jururawat dan kakitangan di hospital sudah mati atau begitu banyak menderita disebabkan oleh jangkitan daripada pesakit. Jika ia berterusan macam ini, mungkin kita tiada doktor, tiada jururawat, tiada kakitangan hospital yang tertinggal dan orang akan mati dengan lagi banyak. Jadi kerajaan harus kuatkuasakan pemakaian penutup mulut. Mereka mesti. Ia akan bantu mengurangkan jangkitan. Meskipun orang dijangkiti, akan lebih senang untuk sembuh kerana mereka tidak mendapat terlalu banyak virus melalui perlindungan penutup mulut dan/atau pelitup muka. Dah tentu, lagi banyak kita melindungi diri sendiri lagi besar peluangnya kita tidak mendapat penyakit.

Jadi jika mereka sendiri dilindungi seperti yang saya katakan... Hanya pelitup muka atau topi yang kita pakai untuk menunggang motosikal pun, ia ada pelindung lut sinar di depan, kita boleh lihat, malah boleh bercakap. Kita juga menutup bahagian badan yang lain, memakai baju berlengan panjang dan penutup mulut. Jika kita dilindungi, seluruh muka, kita tak perlu memakai penutup mulut. Tapi jika ada celah di antara kulit muka dan pelitup muka, maka kita perlu memakai penutup mulut. Tapi ini sudah pun perlindungan yang sangat baik.

Dah tentu, kita boleh buat perlindungan yang lebih lengkap, seperti tiada celah di antara kulit muka dan pelitup muka, seperti kita memakai topi motosikal atau perlindungan peribadi seperti di hospital atau kita sendiri mencipta sesuatu untuk menutup seluruh muka, topi untuk menutup rambut, menutup telinga dan sebagainya. Kemudian kita boleh keluar dan menikmati hidup. Kemudian kerajaan tak perlu risau tentang kita. Kemudian kerajaan takkan perlu mengimplementasikan peraturan sekat keluar masuk yang sangat buruk kepada banyak orang.

Kerana orang tak boleh disekat keluar masuk selama-lamanya. Mereka rasa sesak nafas, kecewa, murung. (Ya, Guru.) dan itu juga akan membunuh sesetengah daripada mereka jika tak dapat mengatasi kemurungan. (Ya.) Kanak-kanak juga perlu keluar untuk berinteraksi sesama mereka dan belajar lebih banyak daripada apa yang perlu mereka pelajari, (Ya.) dan juga berinteraksi dengan kawan mereka. (Ya.) Jika tidak, mereka rasa sangat sesak nafas. Di rumah, jika seluruh keluarga bersama dengan terlalu lama, mungkin ada tekanan juga. Saling terpijak kaki dan rasa kekurangan ruang. (Ya, Guru.) Mereka boleh berlawan juga. Ada banyak kesan psikologi, kesan mental terhadap orang apabila mereka disekat keluar masuk terlalu lama. (Ya.) Jadi sekat keluar masuk bukanlah penyelesaian yang terbaik. Ini penyelesaian sementara yang terbaik tetapi bukan penyelesaian yang terbaik dalam jangka masa panjang. (Ya. Kami faham, Guru.)

Kerajaan perlu mengarahkan orang, syarikat atau pengeluar supaya buat jenis pakaian baru. (Ya, Guru.) (Faham, Guru.) Sesuatu supaya orang boleh keluar, jalani kehidupan mereka, berjalan di taman, membawa anjing berjalan-jalan, membawa anak berjalan-jalan, bermain dengan anak mereka di padang. Pergi bekerja, mencari rezeki jika mereka nak bekerja. Atau jika bekerja di rumah pun, tapi sekali-sekala mereka tetap perlu pergi ke pejabat kerana ada banyak perkara kita tak boleh hanya cakap dengan telefon. (Ya, Guru.) Isu sulit syarikat. (Ya.)

Meskipun saya bersuluk, bekerja, kamu hantar kepada saya melalui komputer, namun kadangkala saya tetap perlu menelefon untuk beritahu kamu ini dan itu kerana perkataan tak sentiasa dapat mengekspresikan apa yang saya nak ekspresikan. (Ya, Guru.) Saya juga perlu bercakap dengan kamu macam ini kadangkala supaya kamu rasai sedikit perubahan. (Ya.) (Terima kasih, Guru.) Sedikit peningkatan, sedikit penenangan dari segi mental, psikologi. (Ya. Terima kasih, Guru.) (Terima kasih kerana menelefon.) Kamu rasa seronok apabila berbual dengan saya kadangkala.) (Ya, Guru.) (Seronok mendengar suara Guru.) (Ya.) Ya. Saya harap saya boleh berbual dgn kamu lebih kerap untuk beri galakan kpd kamu tetapi kita berdua ada kerja untuk dibuat. (Ya.) (Faham.) Kita ada tarikh akhir setiap hari. Betul? (Ya.) Saya pun tak tahu, lepas saya meninggal, sama ada saya boleh meninggal atau tidak.

Mereka ada jenaka tentang Nabi Isa. Mereka kata Nabi Isa pasti ialah wanita kerana Dia malah perlu menjelmakan 500 hidangan dengan serta-merta. Dia berikan anggur kepada orang tetapi mereka kata itu ikan. (Ya, Guru.) Itu salah menterjemah atau sesuatu. (Ya.) Atau salah mengeja. Hari ini pun, saya tulisnya tapi kamu tetap salah mengeja penulisan saya. (Ya, Guru.) Atau kamu salah menaip. (Ya, Guru.) Kita ada itu. Walaupun saya masih hidup, apalagi apabila saya dah meninggal. Saya tak pasti. Kemudian mereka kata Nabi Isa pasti ialah wanita kerana selepas Dia dah meninggal pun, Dia perlu bangkit semula untuk terus bekerja. (Oh!)

Saya rasa kamu semua ialah wanita juga. Sewaktu kamu tidur pun, saya menjagakan kamu kadangkala, berkata, “Hei, kita ada kerja cemas yang nak dibuat!” Saya tak menjagakan kamu semua tetapi sesetengah daripada kamu yang perlu bekerja bersama saya. (Ya, Guru.) Saya perlu menelefon kamu pada tengah malam atau selepas pukul 2 pagi kerana saya bekerja sepanjang malam. (Ya, Guru.) Nasib baik kamu sudah boleh tidur kadangkala. Saya tak menjagakan kamu sepanjang malam tetapi hanya kadangkala, bukan setiap malam. (Ya, Guru.) Jadi kamu semua ialah wanita, okey? Saudari! Tak usah menyimpan janggut atau apa-apa pun. Janggut kamu takkan menjadi pengesahan terhadap jantina kamu. Kamu bekerja keras sekali. Kamu puas dengan jawapan saya? (Ya, Guru.)

(Dalam ucapan selamat Ulang Tahun Ketiga, Guru sebut tentang alam tak nampak yang berada di sebelah planet kita.) Ya. (Boleh Guru jelaskan lebih banyak tentang alam tak nampak ini?)

Dah tentu. Kamu tahu akannya. Alam Astral dan alam di atas Astral sikit di zon penampan. (Ya.) Alam-alam lain tidak berada di kawasan kejiranan tetapi ia berada di kawasan kejiranan bagi saya kerana ia tak pernah terpisah dari medan kuasa saya. (Ya.) Tapi bagi kamu, kamu boleh bayangkan alam Astral akan mendapat manfaat dan kurang berlawan di sana. (Ya, Guru.) Semua orang di neraka akan kurang menderita. (Wau!) Atau orang yg hukumannya lebih ringan akan diselamatkan. Orang di atas Astral akan lebih banyak meningkat ke tahap kesedaran yang lebih tinggi. (Ya, Guru.)

Tiada apa-apa adalah hitam putih di dunia ini. Ia tak seperti di dunia ini, kita nampaknya atau tak nampaknya. Bukan macam itu. Ada makhluk halus juga di mana-mana saja di sekeliling kita. (Ya.) Yang baik dan yang jahat. Saya menyingkirkan yang jahat. Tapi saya tak dapat lakukannya sekali gus. (Ya, Guru.) Jadi sesetengah hantu ghairah masih wujud, mengganggu saya. Tapi saya perlu ada alasan untuk menyelamatkan roh orang dan saya juga perlu ada alasan untuk kurung seseorang di neraka. (Faham, Guru.)

Mereka tak dapat semuanya ganggu saya secara serentak. Jadi sesuatu kumpulan, atau mungkin dua, tiga atau lima pada sesuatu masa, mengumpulkan kuasa mereka untuk menyusahkan saya. Maka pada masa itu saya boleh hantar kumpulan itu ke neraka. (Ya, Guru.) Jika mereka tak bertaubat, mereka perlu pergi dari sini kerana jika saya memaafkan mereka, mereka akan terus berada di dunia ini, menghalang kerja saya, menyeksa makhluk lain yang tak berdosa seperti haiwan yang tak berdaya, bayi, orang tua atau sesiapa saja. Jadi pemaafan mesti bersama dengan kebijaksanaan, kebetulan (Ya.) dan situasi praktikal. (Ya, Guru.) Jangan salahkan saya, jangan tanya saya mengapa Guru tak memaafkan ini dan itu. Saya tak boleh memaafkan semua orang jika mereka memudaratkan makhluk lain yang tak berdosa. Faham? (Faham, Guru.)

Saya nak memaafkan mereka. Saya asyik beritahu mereka secara berulang kali, “Bertaubatlah. Ikut aku. Aku akan bawa engkau ke Syurga. Tak menderita lagi.” Tapi sesetengah drpd mereka begitu degil. Atau sesetengah drpd mereka begitu jahat. Mereka suka berbuat jahat. Sama seperti di dunia ini, ada orang sadistik juga (Ya.) yang suka menyebabkan orang lain menderita dari segi mental, fizikal atau emosi supaya mereka rasa gembira. (Wau!) Ya. Dah tentu, kamu tahu itu tak? (Ya.) Ada juga orang yang suka dimarahi, suka dipukul, dipanggil dgn nama celaan dan diseksa dengan sesuatu cara supaya rasa seronok. (Ya.) Mereka ialah kononnya masokis. Bergantung kepada keseriusan status mental mereka, mereka melakukannya secara ringan atau ingin dihukum dengan berat.

Orang bayar wang kepada pelacur dan/atau lelaki untuk memukul mereka. Kamu tahu itu. (Ya.) Kamu nampak itu di TV atau kamu mengetahui itu drpd membaca di sesuatu tempat. (Ya.) Ini ialah orang yang ada set mental yang berbeza dengan kamu. (Ya, Guru.) Jika mereka ringan saja, maka mereka suka dimarahi. Jadi mereka memprovokasi sesiapa saja yang boleh di sekeliling supaya memarahi mereka, marah dengan mereka, panggil mereka dengan nama celaan, menganiayai mereka secara lisan. Mereka suka itu. Atau dari segi mental atau fizikal. Atau jika mereka berduit dan rasa malu melakukannya, jika tiada orang lakukannya utk mereka di rumah, maka mereka pergi ke rumah pelacuran untuk minta hukuman. (Ya, Guru.)

Kerana orang-orang ini rasa bersalah dalam fikiran separa sedar dengan apa yang mereka buat dalam hayat silam. Tapi mereka tak buat dengan cukup jahat utk pergi ke neraka. Jadi ia buat mereka macam ini. Karma buat mereka melakukan itu, buat mereka menderita, buat mereka dianiayai, diseksa atau dipukul macam itu. Kemudian mereka bayar untuknya.

Sama juga di neraka, mereka akan mendapat manfaat. (Ya.) Supreme Master TV akan beri manfaat kepada mereka. Kuasa Guru akan beri manfaat kpd mereka di mana-mana saja. Dah tentu, terlalu lambat bagi kamu dan saya. Tapi ia memang beri manfaat. Percayalah. (Terima kasih.) (Ya, Guru.) Buat apa saya membohongi kamu? Kamu tak bayar apa-apa pun kpd saya, kan? (Tidak, Guru.)

Ya, ya. Baiklah. Dah tentu, saya boleh cakap selama-lamanya tentang sebarang subjek yang kamu tanya tapi mungkin lain kali. Kerana kadangkala saya lupa apa lagi yg nak beritahu kamu. Jadi kamu tanya soalan seterusnya, dan mungkin jika sesuatu lebih banyak, maka kamu tanya lain kali. (Pasti, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-26
436 Tontonan
2024-12-26
4452 Tontonan
2024-12-25
2198 Tontonan
2024-12-25
1250 Tontonan
2024-12-25
1066 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android