Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kita Semua Bertanggungjawab untuk Melindungi Diri Sendiri dan Orang Lain, Bahagian 6 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Ini bergantung pada manusia. (Ya.) Semua Dewata di Syurga memang banyak membantu. Jika tidak, planet ini telah hilang. Tapi manusia masih berpaut pada potongan daging yg boleh ditinggalkan pada bila-bila saja.

(Sebelumnya Guru berkata bahawa labah-labah ialah posmen. Jika dibenarkan, boleh Guru bercakap tentang peranan haiwan lain?)

Saya tak boleh teruskan selama-lamanya. Ada berapa banyak juta spesies di planet ini? (Ya.) Berbilion-berbilion, sekurangnya. (Ya.) Jadi dah cukup berkata bahawa semua haiwan ada peranan utk dimainkan. (Ya.) Mereka bantu dan berkati planet kita, orang dengan setiap cara yang boleh, besar atau kecil. (Ya, Guru.) Labah-labah bertugas untuk mengirim. (Faham.) Jika kamu keluar dan labah-labah turun ke depan kamu, contohnya, jika mereka datang ke rumahmu, maka kamu mesti beri perhatian kepada apa yang mereka beritahu kamu. Tapi agaknya kebanyakan manusia pekak dari segi telepati. (Ya.) Jadi mereka tak dapat dengar apa-apa pun. Jika labah-labah turun ke depan kamu sewaktu kamu keluar... Kadangkala mereka dari pokok atau tiang di sesuatu tempat, turun ke depan kamu dengan benang sarang, maka mereka nak beritahu kamu sesuatu. Tapi tak berguna memberitahu kamu atau sesiapa pun. Mereka tak dengar apa pun! (Faham.) Hanya saya dengarnya. Sesetengah orang ada dengarnya tetapi sangat jarang, sangat sedikit. (Ya, Guru.) Sangat sedikit orang masih ada kebolehan telepati ini. (Ya.) Dulu saya tiadanya. Saya pun disekat daripada itu juga (Wau!) supaya saya tak tahu apa-apa pun. Hanya kadangkala saya tahu sesuatu tetapi tidak... Sekarang berbeza. (Ya, Guru.) Sekarang jika saya ada masa, jika beri perhatian, maka saya dengar. Saya dengar jika mereka nak beritahu saya sesuatu. Maka saya tahu. (Okey. Terima kasih, Guru.)

Kadangkala mereka datang untuk menenangkan saya, tak membawa sebarang berita. Mereka hanya kata, “Janganlah menangis, jangan bersedih.” (Ya.) “Bersabarlah.” Sesuatu macam itu. “Bergembiralah, bertenang.” Kadangkala macam itu. Pagi ini, seekor labah-labah kecil datang memberitahu saya itu. Lebih kurang sebesar ini, sebulat ini, seluruhnya, termasuk kakinya, dah tentu. Yang kecil pun. Semalam, seekor yang kecil macam ini, seperti kepala penyepit, juga beritahu saya sesuatu. (Wau!)

Kerana Tuhan gunakan mereka untuk menyampaikan mesej kepada saya. Tapi saya tak pasti sama ada Tuhan menyampaikan mesej kepada orang lain atau cuma mereka ada naluri telepati untuk memberitahu manusia. (Ya, Guru.) Sesetengah manusia yang baik, mereka datang untuk menyampaikan mesej tetapi kebanyakan daripada mereka tak faham, tak tahu, tak dengar, tak nampak. Dah bernasib baik jika mereka tak memenyekkan mereka hingga mati. (Ya.) Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Sebab itulah saya beritahu kamu saya sangat bersimpati dgn labah-labah dan haiwan lain yang cuba datang menyampaikan mesej kpd makhluk lain. Mereka tangkap mereka, memenyekkan mereka hingga mati, terpijak mereka, atau mungkin tutup pintu dan memenyekkan mereka di antaranya, apa-apa saja. (Ya.) Mereka merisikokan nyawa hanya kerana perlu melakukannya. (Ya, Guru.) Mereka sanggup juga. Dalam banyak kes, mereka sanggup kerana itu orang baik. Sesetengah kes, mereka tidak sanggup kerana orang itu tidak baik dan mereka tahu bahawa mereka akan mati. (Wau!) Orang itu akan memenyekkan mereka, misalnya macam itu. Tapi mereka tetap melakukannya.

Maklumlah, semua haiwan ialah berkat bagi dunia kita. Meskipun sesetengah haiwan bunuh manusia, ini dikesali, namun manusia itu sepatutnya mati macam itu. Itu bukan salah haiwan. Atau saya masih ingat seekor gajah keluar dan cuba bunuh orang lain kerana mereka bunuh bayinya, ganggu dan seksa bayinya untuk melatih. Dengan cara yang sangat kejam, memukulnya, biarnya menangis, memaksanya tunduk dan buatnya ulangi trik. Jika ia tak tahu, tak dapat, maka memukulnya atau kelarnya dengan pisau dan sebagainya. (Ya.) Kemudian bayi gajah mati, jadi si ibu naik marah (Ya, Guru.) dan pergi membalas dendam. Itu keadaan yang sangat jarang. (Ya.) Atau kadangkala lembu yang tenang juga mengejar seorang manusia dan bunuh orang itu. Kerana mereka dah tak tahan. (Ya, Guru.) Mungkin orang itu pernah bunuh anak mereka atau menyeksa mereka dengan cara sadistik.

Sesetengah orang sangat sadistik. Mereka bukan bunuh saja, mereka menyeksa. Dan eksperimen dengan haiwan hidup untuk mengajar kanak-kanak atau di makmal, ini sadistik juga. Harus diharamkan selama-lamanya sejak semalam lagi. (Ya, Guru.) Saya tak dapat tekankan dgn secukupnya. Dunia kita ada banyak kumpulan orang atau polisi sadistik. Polisi bodoh, dungu, ganas, kejam, jahat yang perlu diharamkan, perlu dilarang. (Ya, Guru.) Sehingga dunia kita menjadi lebih baik, (Ya.) jika dunia kita menjadi lebih baik. Bukan sahaja membunuh haiwan di rumah sembelih tetapi juga di makmal. (Ya.) (Ya, Guru.) Mereka tidak hanya membunuh, mereka menyeksa mereka! Seperti viviseksi dan sebagainya. Ya Tuhan. Soalan seseterusnya, silakan.

(Dalam persidangan sebelumnya, Guru bercakap tentang planet-planet dicipta) Ya. (dan karma mula terbentuk secara berulangan. Adakah terdapat waktu planet-planet tidak melalui kitaran itu lagi, berevolusi ke peringkat yang lebih tinggi dan tidak merosot kembali?)

Ini bergantung pada manusia. (Ya.) Semua Dewata di Syurga memang banyak membantu. Jika tidak, planet ini telah hilang. Tapi manusia masih berpaut pada potongan daging yg boleh ditinggalkan pada bila-bila saja. Untuk rasa mereka, mereka tak kisah jika planet ini merosot! Jika anak, cucu-cicit mereka hidup dalam suasana seperti neraka. Mereka tak kisah jika wabak berterusan. Mereka tak kisah jika dunia menurun ke bawah. Untuk potongan daging dalam mulut itu, mereka tak kisah! Mereka tak peduli! Mereka berpura-pura tak faham. Mereka berpura-pura tak tahu. Kamu tahu apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Jadi ini bergantung pada seluruh bangsa manusia, apa yang mereka buat. (Ya, Guru.)

Doktor boleh nasihati orang supaya makan ubat tetapi tak boleh memaksa mereka makan ubat jika mereka tak nak. (Ya, benar tu.) Jika mereka nak mati. (Ya.) Sehingga mereka terlalu beracun, kemudian... Kadangkala saya berfikir, planet ini... Oh! Begitu banyak perkara! Bukan hanya diet daging. Ada arak, rokok, dadah, racun, peperangan... Ada kekejaman makmal, kekejaman terhadap haiwan di mana-mana saja, bukan hanya di rumah sembelih. (Ya, Guru.) Ada juga kekejaman terhadap manusia, keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak, orang dewasa. Ada begitu banyak perkara di dunia ini! Dan banyak tempat musnah teruk dan jenis bencana yang berterusan. Taufan, banjir dan...

Saya tak tahu sama ada kita ada begitu banyak bencana seperti ini sebelumnya. Saya tak rasa begitu. Tapi mereka masih masukkan potongan daging yang berdarah, menitiskan darah itu ke dlm mulut dan panggil itu makanan. Tak peduli pun sama ada orang lain mati di sekeliling mereka atau kanak-kanak menderita. Kemiskinan dan segala-galanya di merata tempat. Jadi jangan tanya saya ini akan ambil masa berapa lama. Saya tanya soalan yang sama seperti kamu. Jadi mungkin kamu boleh jawab selepas mengkaji semua itu, (Ya, Guru.) selepas kamu lihat semua itu dlm laporan.

(Ya. Guru, ada cerita fiksyen sains di mana makhluk asing datang ke Bumi dan nampak kekejaman laga lembu. Jadi mereka buat semua peserta di stadium mengalami kesakitan tepat-tepat pada waktu lembu itu rasainya.) Ya. (Hasilnya, orang sanggup menghentikan activiti laga lembu.) Ya. (Jadi sama juga, Guru, adakah terdapat cara utk secara sementara membangkitkan empati orang untuk rasai penderitaan haiwan dengan serta-merta?)Oh! (Balasan karma dan penderitaan di neraka bukan dengan serta-merta, jadi orang tak menyedari kesan perbuatan mereka.)

Oh! Kami melakukannya! Syurga melakukannya! (Wau!) Tapi mereka kembali membuat yang sama lain kali, minit seterusnya, saat seterusnya. (Ya, Guru.) Masih ingat Kitab Ksitigarbha? Bodhisattva bertanya tentang semua Bodhisattva, semua Buddha membantu dan menyelamatkan semua orang, malah dari neraka, tetapi apabila mereka ada situasi yang lebih baik semula, mereka lakukannya sekali lagi. Mereka buat kesilapan yang sama sekali lagi. Lebih kurang. Sebab itulah Ksitigarbha selama-lamanya berada di neraka sekarang, masih. (Wau!) Kerana mereka telah diracun oleh maya. Mereka telah diimplan dengan jenis kononnya cip otak ini. Seperti kita mengimplan cip ke dalam badan orang atau badan anjing untuk mengenal pasti identitinya? Macam itulah.

Jadi saya mahu semua ini berakhir, semuanya. Tapi saya tak tahu sama ada saya dapat lakukan semuanya semasa hidup saya. (Ya, Guru.) Sebab itulah saya beritahu kamu bahawa masa saya sangat berharga. (Ya, Guru.) Sebab itulah saya tak suka apabila seseorang cuba ganggu saya hanya untuk dapat perhatian. Atau yang bukan-bukan. Atau apa-apa saja hanya untuk tujuan yg mementingkan diri. (Ya, Guru.) Sebab itulah saya tiada kesabaran untuk itu. Saya tidak.

Baiklah. Sekarang... Ia tak boleh sentiasa dilakukan secara besar-besaran. Kerana orang akan mati dengan serta-merta jika kita menggunakan kawalan fikiran, kawalan otak, orang itu takkan tahu macam mana bereaksi dalam kehidupan normal. (Ya, Guru.) Mereka perlu sendiri sedar. Jika tidak, jika kita mengawal fikiran dan otak mereka macam itu, habislah mereka. Mereka tak dapat berfungsi lagi. Mungkin kita boleh lakukannya buat sementara waktu, kemudian okey, orang berhenti. Minit seterusnya, kita lepaskan, kemudian mereka kembali ke perbuatan yg sama semula. (Ya, Guru.) Kecuali mereka mati otak. Itu rumit, tak begitu senang. Kerana struktur manusia bukan mainan, bukan robot. (Ya, Guru.)

Ada kuasa minda di sebaliknya juga. Dan karma. (Ya.) (Faham.) Kuasa karma telah hilang supaya mereka tak memaksa mereka buat lebih banyak atau tambahkan lebih banyak kesusahan pada karma mereka kecuali apa yang perlu mereka buat. (Ya.) Maya sudah hilang juga. Tapi masih ada sesuatu dalam diri orang, dalam fikiran, otak mereka yang tak dapat dgn serta-merta semuanya dibersihkan. Jika tidak, mereka akan mati. (Ya, Guru.) Anak murid pun, mereka masih perlu mengalami kesan karma. Kerana jika Guru bersihkan semuanya, maka mereka tiada sebab untuk hidup di sini. (Ya, Guru.)

Ada soalan lagi? (Tidak, itu soalan terakhir, Guru. Terima kasih banyak-banyak.) Baiklah. Adakah kamu puas? Kamu nak tanya soalan tambahan daripada jawapan yg saya beritahu kamu? Ada apa-apa yang kamu masih kurang jelas dalam fikiran melalui jawapan dan/atau melalui soalan? Atau kamu nak tanya lagi? (Tidak, kami baik-baik saja, Guru.) Kamu baik-baik saja. (Ya, Guru.) Tak cukup orang tanya. Kamu ambil masa sebulan untuk semua ini, hanya 17 soalan daripada kamu semua. Saya kata kamu sekumpulan orang baik. Tapi bukan kumpulan yang besar. Begitu pun. Tak apa. Adalah baik kamu tanya soalan. Saya ada janji untuk baca kisah kepada kamu dan saya nak baca tapi... Maklumlah, jika boleh, saya akan baca. (Ya, Guru.) Kerana saya nak beritahu kamu perkara melalui kisah. (Faham, Guru.) Kemudian mungkin kamu ada lebih banyak bahan, lebih banyak ilham untuk tanya lebih banyak. (Ya.) Tapi saya tak dapat baca sekarang. (Ya, faham, Guru.)

Saya nak ucap selamat tinggal sekarang. Semoga kamu semua selamat sejahtera. Semoga kamu semua boleh lebih banyak berhubungan dengan kuasa spiritual supaya kamu boleh rasa lebih girang, lebih berilham, lebih kreatif dan lebih gembira dalam hatimu. (Terima kasih, Guru.) Baiklah, jumpa lagi. (Terima kasih, Guru.) Mungkin, okey? (Ya, Guru.) Kita hanya boleh cuba kenangkan rahmat harian kita kerana kita takkan tahu esok macam mana. (Ya, Guru.) Baiklah. Tuhan rahmati kamu. (Terima kasih, Guru.) Terima kasih juga, semua, kerana bekerja dengan rajin, sepenuh hati, tanpa syarat dan bekerjasama. Semoga kamu benar-benar rasai kasih sayang Kuasa Guru dan Tuhan Yang Maha Berkuasa. (Terima kasih, Guru.) Jumpa lagi.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-12-26
436 Tontonan
2024-12-26
4452 Tontonan
2024-12-25
2198 Tontonan
2024-12-25
1250 Tontonan
2024-12-25
1066 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android